web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Bakal Jemaah' Terkandas: 57 Laporan Babitkan Kerugian RM2.37 Juta Diterima Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 8:47PM

Seramai 380 orang bakal jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lalu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 57 laporan polis dibuat mangsa kejadian membabitkan 380 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini, semalam.

Memaklumkan perkara itu, Ketua Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, semua laporan polis berkenaan membabitkan penipuan pakej haji oleh dua agensi pelancongan, iaitu UC Travel dan Syarikat Al Amin Umrahhaj dengan kerugian mencecah RM2.37 juta.

“Sebanyak 25 laporan polis diterima di Selangor membabitkan kerugian berjumlah RM620,000, manakala 23 laporan polis diterima di Kuala Lumpur (RM766,500).

“Empat lagi laporan polis diterima di Pahang membabitkan kerugian berjumlah RM874,000,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, satu laporan polis juga diterima masing-masing di Pulau Pinang (RM32,000), Perak (RM25,000), Negeri Sembilan (RM16,000), Terengganu (RM38,000) serta Johor.

Media hari ini melaporkan, polis menahan lima individu, termasuk pemilik sebuah agensi pelancongan serta isterinya bagi membantu siasatan kes itu yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan penipuan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 9 malam semalam di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Katanya, tangkapan itu membabitkan dua lelaki dan tiga wanita, termasuk sepasang suami isteri berusia antara 30 hingga 60 tahun.

“Mereka terdiri daripada pemilik sebuah agensi pelancongan dan isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di pejabat agensi pelancongan terbabit di Danau Kota, Setapak,” katanya.

Semalam, media melaporkan hampir 400 jemaah haji terkandas di KLIA selepas dijanjikan penerbangan ke Jeddah, Makkah, kelmarin.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Visa furada adalah visa diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota diperoleh TH.

Penerbangan kumpulan jemaah itu dijadualkan ke Jeddah pada Selasa lalu, namun ditangguhkan atas alasan dokumen tidak lengkap.

Ia kemudian dijadualkan semula pada jam 4.30 petang, kelmarin, namun ditangguhkan pada jam 7 malam, hari sama. - Getaran, 9 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad