web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pesara Rugi RM64,000 Diperdaya ‘Kekasih’ Jerman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 1:04PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perkenalan seorang pesara dengan wanita yang kononnya berasal dari Jerman mengundang padah apabila akhirnya lelaki terbabit menjadi mangsa sindiket ‘parcel scam’ membabitkan kerugian RM64,000.

Bagaimanapun, ‘hayat’ sindiket penipuan internet yang didalangi warga asing tersebut tidak berkekalan apabila empat ahlinya termasuk suspek utama berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, mangsa iaitu warga emas berusia 62 tahun dilaporkan berkenalan dengan seorang wanita dari Berlin, Jerman melalui Facebook.

Menurutnya, perkenalan tersebut kemudian berterusan ke aplikasi WhatsApp dengan suspek ketika itu menggunakan nombor telefon antarabangsa.

“Sepanjang tempoh perkenalan, suspek berjanji akan menghantar beberapa barangan seperti komputer riba, jam tangan berjenama, telefon pintar, rantai emas, beberapa jersi kelab bola sepak Manchester United dan wang tunai sebanyak Euro 20,000 (RM90,000) kepada pengadu sebagai hadiah.

“Pertengahan Mac lalu, mangsa menerima mesej daripada nombor tempatan milik seorang individu dikenali sebagai Patrick, kononnya dari British Delivery Service yang mengatakan barang dihantar oleh suspek telah sampai di Malaysia,” katanya hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata, lelaki itu bagaimanapun tidak memberitahu lokasi barangan tersebut dan meminta mangsa membuat bayaran sebanyak RM1,750 untuk proses penghantaran dan beberapa kos lagi kos yang harus dibayar jika mahukan barangan berkenaan.

“Atas dasar percaya, mangsa membuat transaksi pembayaran ke dalam akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM64,000.

“Setelah membuat pembayaran, syarikat tersebut masih meminta mangsa membuat pembayaran hingga warga emas itu berasa curiga dan mula mengesyaki dia sudah tertipu,” katanya.

Beliau memberitahu, polis menerusi hasil risikan berjaya menahan empat warga Nigeria di sebuah restoran makanan segera terkenal di Bandar Sri Damansara, kelmarin, yang disyaki terlibat dalam kes penipuan tersebut.

“Terdapat juga rampasan dibuat dalam serbuan tersebut dan kami juga memperoleh bukti kukuh bahawa suspek terlibat dalam kes penipuan berkenaan.

“Semua suspek berusia 30 hingga 40-an tersebut kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini untuk membantu siasatan lanjut pihak polis,” katanya.  Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pendirian Anwar Mengenai Gaza Tarik Sokongan Individu Berpengaruh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad