web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Oktober Dengar Rayuan LHDN Terhadap Nooryana Berhubung Cukai Pendapatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 9:23PM

Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Oktober untuk mendengar rayuan LHDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi penghakiman terus terhadap Nooryana Najwa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Oktober untuk mendengar rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi penghakiman terus terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mengenai dakwaan cukai pendapatan yang tidak dibayar.

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana Najwa, apabila dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran itu berikutan pengurusan kes yang diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norshakinah Ahmad Kamarudin, semalam. 

Pada 26 Ogos 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN untuk penghakiman terus dalam samannya, yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta daripada Nooryana Najwa.

Pada 24 Julai 2019, kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, menamakan Nooryana Najwa, selaku defendan.

Penyataan tuntutan LHDN menyebut bahawa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.

LHDN mendakwa sehingga kini, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 Julai ini untuk satu lagi pengurusan kes Najib dan anak lelakinya, Datuk Nazifuddin terhadap rayuan penghakiman terus yang dibuat terhadap mereka berhubung pembayaran cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.

Kedua-duanya diberi kebenaran untuk meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan pada Mei tahun ini atas sembilan persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Wee yang juga mewakili Najib dan Nazifuddin mengesahkan tarikh itu selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Norhafizah Zainal Abidin hari ini.

Dua Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi memperoleh semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada September tahun lepas untuk mengetepikan penghakiman terus itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad