web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah Ladang Durian Gunung Inas Beroleh Kebenaran EIA?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 7:25PM

Menteri Besar Kedah berkata, kelulusan EIA bagi sebarang pembangunan di atas bukit dan gunung amat ketat dan terdapat syarat bahawa projek di paras melebihi 300 meter dari aras laut tidak dibenarkan sama sekali - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat yang membangunkan ladang di puncak Gunung Inas, Baling, berkemungkinan ‘diberi kelonggaran’ atau tidak melaksanakan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) sebelum melaksanakan projek tanaman durian Musang King.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kelulusan EIA bagi sebarang pembangunan di atas bukit dan gunung amat ketat dan terdapat syarat bahawa projek di paras melebihi 300 meter dari aras laut tidak dibenarkan sama sekali.

“Saya rasa setiap projek dalam ladang hutan perlu ada EIA. Tetapi bagaimana EIA projek durian di Gunung Inas ini boleh diluluskan?

“Ketika lawatan saya ke puncak Gunung Inas baru-baru ini, saya dapati tiada kayu balak di atas sana.

“Ini bermakna eksploitasi telah berlaku, dan saya rasa ia telah melanggar syarat ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Meletak Batu Asas Pembinaan Kilang Infineon Technologies di sini, hari ini.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam satu kenyataan berkata, pembalakan dan pembersihan hutan untuk penanaman Musang King di Gunung Inas adalah faktor yang menyebabkan berlakunya banjir besar dan limpahan lumpur luar biasa di Baling.

Bencana pada Isnin lalu itu menyebabkan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) manakala lebih 80 kediaman dilaporkan terjejas.

Tragedi itu turut meragut nyawa tiga sekeluarga, termasuk seorang wanita yang hamil empat bulan, apabila kediaman mereka di Kampung Iboi, Kupang dihanyutkan arus deras.

Mayat ketiga-tiga mangsa hanya ditemui sehari selepas kejadian.

Meskipun begitu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan wujud sebarang aktiviti pembalakan di kawasan hutan simpan Gunung Inas.

Sanusi bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai identiti pemilik dan pengusaha ladang Musang King di Gunung Inas itu.

Katanya, projek tersebut dibangunkan anak syarikat kerajaan negeri Menteri Besar Incorporated (MBI) bersama pemaju swasta.

“Pemaju sebelum ini dikenali sebagai Alam Megah sebelum syarikat itu dijual. Sekarang kita perlu bertanya syarikat (baharu) itu (sama ada saya boleh mendedahkan namanya).

“Ini perkara lama. Saya perlu lihat. Jika tidak, saya akan disaman nanti,” ujarnya.

Mengulas mengenai cadangan agar kerajaan negeri menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat bencana kepala air Gunung Inas, beliau berpendapat ia tidak perlu dibuat kerana agensi dan jabatan berkaitan sedang menyediakan laporan mereka.

"Kita ada agensi dan jabatan yang sedang buat laporan kejadian, kena tunggu laporan dahulu. Contohnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah kemuka laporan bahawa taburan hujan sangat tinggi, tetapi perkara teknikal ini orang ramai tidak faham.

"Ini menyebabkan timbul banyak andaian dan spekulasi sehingga mengaitkan perkara ini kepada isu politik. Kejadian ini sebenarnya adalah isu alam sekitar, pengurusan dan kelulusan yang tidak mengambil kira (aspek) keselamatan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti laporan yang disediakan agensi terbabit sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Kami telah meminta laporan daripada mereka. Saya difahamkan ramai yang mengambil berat tentang tragedi ini.

“Tetapi kita juga perlu faham, agensi ini mempunyai prosedur mereka sendiri. Ini bukan isu politik.” katanya. – The Vibes, 7 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad