web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam Syed Saddiq Mohon Cabar Kredibiliti Saksi Utama Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 6:40PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram memohon untuk mencabar kredibiliti saksi utama berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah.

Kenyataan yang bercanggah itu membabitkan arahan Syed Saddiq kepada Rafiq Hakim Razali, iaitu saksi pendakwaan ke-13 berhubung prosedur pengeluaran dana RM1 juta daripada akaun bank Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq berkata mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk membenarkan pihaknya memulakan prosiding mencabar kredibiliti Rafiq Hakim kerana dokumen yang dirujuk iaitu pernyataan saksi tidak dikemukakan di mahkamah oleh pihak pendakwaan.

“Pernyataan saksi ini tidak digunakan di mahkamah kerana beliau tidak membacanya semasa prosiding. Tetapi kami tahu terdapat percanggahan berdasarkan keterangan lisannya dan pernyataan saksi yang diberikan kepada kami sebelum ini,” katanya pada perbicaraan kes Syed Saddiq di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata sekiranya pihak pembelaan ingin mencabar kredibiliti saksi itu, pernyataan saksi perlu dikemukakan di mahkamah dan dijadikan sebagai eksibit. 

"Dalam kes ini, saksi (Rafiq Hakim) sudah mengaku memang terdapat percanggahan (dalam keterangannya),” katanya.

Azhar kemudian mengarahkan kedua-dua pihak untuk berhujah mengenai perkara itu (mencabar kredibiliti saksi).

“Kita perlu berhati-hati tentang hal ini dan saya tidak mahu apa-apa yang boleh memprejudiskan tertuduh,” kata hakim dan meminta kedua-dua pihak untuk melakukan penelitian berhubung perkara itu.

Terdahulu, bekas Penolong Bendahari Armada itu tidak bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa beliau berasa tertekan ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terpaksa ‘mencari jalan’ agar tidak dituduh bagi kes pecah amanah melibatkan dana RM1 juta itu.

Gobind: Salah satu jalannya adalah untuk tuding jari kepada Syed Saddiq. Saya katakan itulah yang kamu buat dalam kes ini.

Rafiq Hakim: Saya tidak bersetuju.

Gobind: Oleh sebab itulah kamu rasa tertekan semasa ditahan dan disiasat SPRM.

Rafiq Hakim: Saya rasa semua orang yang ditahan akan rasa tertekan.

Saksi juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa ketika beliau disoal siasat, SPRM hanya bertanyakan soalan yang mengaitkan perbuatan (pecah amanah) itu dengan Syed Saddiq.

“Semasa saya ditahan, SPRM hanya bertanyakan tentang siapa yang beri arahan untuk tandatangan pengeluaran RM1 juta itu, saya maklumkan kepada mereka Syed Saddiq dan saya sendiri tidak akan tandatangan sekiranya tiada arahan daripada beliau,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad