Berita Terkini

9 jam yang lalu: SUKMA: Pengguguran acara tidak dapat dielakkan - MSN 9 jam yang lalu: Pejabat Hal India akan dibuka di Kuala Lumpur 12 jam yang lalu: 16 terkorban, 36 hilang dalam banjir kilat di China 14 jam yang lalu: Transformasi budaya kerja di KKM atasi isu buli - Khairy 14 jam yang lalu: Lelaki ditahan disyaki menyamar Raja Muda Perak

IKUTI KAMI


Mekanisme Subsidi Bersasar Sedang Diuji - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 4:44PM

Tengku Zafrul (dua dari kanan) melancarkan pelan tindakan dan laporan kelestarian syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi terkemuka Asia, Edotco Group di sini, hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menguji mekanisme atau platform subsidi minyak bersasar yang akan dilaksanakan di negara ini bagi memastikan ia hanya dinikmati oleh pengguna berkelayakan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tiada tempoh masa ditetapkan untuk pelaksanaan mekanisme tersebut kerana keputusan mengenainya akan diputuskan Kabinet.

“Keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat apabila kami selesa dengan mekanisme tersebut.

“Buat masa ini perbincangan diteruskan mengenai subsidi bersasar, tetapi yang lebih penting, kita perlu memastikan mekanisme yang tepat.

“Jadi mengenai tempoh masa itu saya tidak boleh komen kerana kita perlu kembali kepada Kabinet dan membentangkan platform terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan pelan tindakan dan laporan kelestarian syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi edotco Group di sini, hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, pihaknya sedang meneliti pelbagai platform kerana mengambil kira kepelbagaian pengguna di negara ini. 

“Kami melihat platform terbaik kerana seperti anda tahu, pengguna berbeza jadi pengalaman pelanggan juga berbeza di kawasan luar bandar dan bandar,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul memaklumkan, subsidi yang dibelanjakan melonjak kepada paras RM71 bilion tahun ini berbanding RM30 bilion bagi mengawal inflasi semasa.

“Subsidi dari segi angka, biasanya kita beri subsidi sehingga RM30 bilion, tahun ini jadi RM71 bilion, kerana itu inflasi masih rendah iaitu pada kadar dua peratus, tetapi inflasi makanan sebenarnya naik empat peratus.

“Ya, benar mengenai bakul makanan, jadi kumpulan yang lebih rentan akan menghadapi cabaran yang lebih besar, bakul makanan jauh lebih tinggi dan ini adalah purata penggunaan isi rumah ketika inflasi,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan persetujuan untuk melaksanakan subsidi bersasar selepas data menunjukkan daripada RM1 subisidi, RM0.53 pergi ke golongan kaya manakala hanya RM0.15 pergi ke golongan B40. - Getaran, 7 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jumlah Pencarum Sukarela Program i-Saraan KWSP Melonjak 77 Peratus - Tengku Zafrul

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Campur Tangan Kenaikan OPR, Keputusan Bersifat Bebas

3

Politik 1 bulan yang lalu

Saya Minta MKT Tukar Menteri Kewangan - Zahidi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Umum Pembinaan Stesen ECRL Puncak Alam Diluluskan

Sorotan

1

'Hidup Saya, Kebebasan Dan Hak Untuk Perbicaraan Adil Jadi Pertaruhan' - Najib

2

LTAT Tak Harus Digunakan Sebagai Alat Kerajaan Jalankan Projek Strategik

3

Tak Pergi Konsert, Pemuda Ini Bertuah Bila Billie Eilish Lepak Tempat Kerja Siap Bergambar!

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Jangan Membisu, Scammer Touch ’n Go eWallet Semakin Berleluasa

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Kekurangan Akauntan Bumiputera Bertauliah, Malaysia Digesa Wujudkan Ujian Kelayakan Akauntan Sendiri

oleh Sofian Baharom

Semasa 9 jam yang lalu

'Hidup Saya, Kebebasan Dan Hak Untuk Perbicaraan Adil Jadi Pertaruhan' - Najib

Semasa 17 jam yang lalu

Tarik Diri Tak Dibenarkan, Hisyam Perlu Kendalikan Rayuan Akhir Najib

oleh Danial Dzulkifly