web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Tak Taja Mesyuarat Agong PIBG Kelompok Tanah Merah - Menteri 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 10:53AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuduhan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan peruntukan bagi membiayai Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara berkelompok di sekolah-sekolah Tanah Merah, Kelantan adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr  Mohd Radzi Jidin yang menyangkal dakwaan itu berkata, segala perbelanjaan dikeluarkan menerusi program tersebut sebenarnya disumbangkan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Aziz. 

Menurut beliau, semakan mendapati pelaksanaan program berkenaan sama sekali tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kementerian. 

“Sama ada di peringkat  Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah digunakan untuk membiayai Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Secara Berkelompok Sekolah-sekolah di Tanah Merah. 

"Sebaliknya, sumbangan dan perbelanjaan bagi program ini dibiayai oleh Ahli Parlimen Tanah Merah," katanya hari ini. 

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan disuarakan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil. 

Terdahulu, Najib secara sinis menyelar acara itu selepas mengetahui pelbagai hadiah lumayan menerusi cabutan bertuah dan makanan mewah disediakan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara berkelompok di sekolah-sekolah Tanah Merah. 

"Nampaknya sekolah-sekolah kebangsaan Malaysia sudah kaya-raya. Setiap kali diadakan mesyuarat PIBG, sekolah akan hidangkan 100 ekor kambing golek serta membuat cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah Perodua Axia. 

"Lima buah motorsikal, 10 ekor lembu, 10 TV, 20 telefon bimbit dan 200 hamper. Jangan hanya dibuat di Tanah Merah. 

"Buatlah juga di semua sekolah kebangsaan dalam negara. Ini baru adil. Betul tak, Dr Radzi Jidin," soalnya. 

Isham turut senada dengan Najib dan mendakwa program tersebut dilaksanakan serentak dengan pelancaran kempen politik Perikatan Nasional (PN). 

"Saya ingin tanya Menteri Pendidikan, adakah surat yang tular untuk jemput mesyuarat PIBG di sebuah sekolah di Kelantan menawarkan hadiah kereta, motorsikal, TV, lembu, dan hidangan 100 ekor kambing golek itu betul? 

"Adakah kamu guna duit dan kemudahan kerajaan juga untuk majlis politik parti kamu tersebut," katanya. - Getaran, 7 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar