web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melaka Tengah Dilanda Banjir Kilat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 3:25PM

Sebuah van terkandas di tengah banjir kilat yang melanda Laluan Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah- Jasin (AMJ) di persimpangan Cheng, Melaka, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -  Laluan Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) di persimpangan Cheng, di sini, antara lokasi yang sering berdepan masalah banjir, khususnya apabila hujan lebat, walaupun hanya untuk beberapa jam.

Dalam kejadian terbaru semalam, lokasi  itu sekali lagi dinaiki air apabila hujan lebat berterusan kira-kira tiga jam, hingga mengakibatkan sebuah van dan kereta turut terkandas.

Antara kawasan lain yang turut dilanda banjir kilat adalah Jalan Tan Chay Yan serta Jalan Ong Kim Wee, malah beberapa premis juga dimasuki air, termasuk di Taman Sutera Wangi di Batu Berendam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada longkang tersumbat dan limpahan air yang keluar memenuhi jalan.

"Susulan daripada banjir kilat, terdapat kenderaan yang terperangkap sebelum dialihkan oleh pihak bomba ke tempat yang selamat.

"Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi bagi memberikan khidmat bantuan banjir di kawasan itu," katanya kepada Getaran.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, sebuah syarikat kontraktor dikompaun RM25,000 oleh pihaknya selepas didapati menjalankan kerja tanah tanpa kelulusan.

"Pemeriksaan yang dijalankan di Taman Sutera Wangi kami mendapati kejadian banjir lumpur itu berpunca daripada kerja tanah yang tidak mendapat kebenaran majlis dan ia sudah diarah untuk dihentikan serta-merta.

"Selain itu, banjir kilat di kawasan Taman Bukit Beruang dikenal pasti berpunca daripada kapasiti kolam yang tidak cukup menampung takungan air, malah tidak diselenggara dengan sempurna sehingga menyebabkan air melimpah ke kawasan sekitar," katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Khas Banjir MPHTJ  semalam sudah digerakkan bagi mengenal pasti punca banjir dan membuat pemantauan di beberapa lokasi di bawah pentadbirannya.

"Antara lokasi adalah di Taman Sutera Wangi, Taman Bukit Beruang Bestari, Kampung Batu Ampar serta Rumah Pump Malim," katanya. - Getaran, 30 Mac 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad