web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Pegawai Polis ‘Kantoi’ Di Pusat Hiburan Dirujuk Ke JIPS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 6:41PM

Arjunaidi Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang tangkapan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas dua pegawai kanannya berpangkat Assistan Superintendan dan Inspektor yang berada dalam sebuah pusat hiburan ketika serbuan dilakukan pihak berkuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya turut mengesahkan tiada sebarang rampasan dalam bentuk wang tunai terhadap pegawai tersebut yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Bukit Aman seperti didakwa sesetengah pihak.

“Polis Kontinjen Selangor ingin memaklumkan bahawa pada 6 Julai (hari ini) kira-kira jam 12.15 tengah malam, terdapat satu serbuan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman ke atas sebuah pusat hiburan yang sedang beroperasi di Petaling Jaya.

“Semasa serbuan dibuat, dua pegawai kanan polis turut berada di dalam premis tersebut bersama dengan pengunjung lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Arjunaidi berkata, kes terbabit akan dirujuk kepada JIPS untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

“Ingin ditegaskan bahawa, polis tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar peraturan atau mencemarkan imej (pasukan).

“Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan ditetapkan,” katanya - Getaran, 6 Julai 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar