web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Pemerdagangan Manusia: Minta Habuan RM100,000 Sebagai Syarat ‘Tebus Mangsa’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 5:12PM

Cristoper (kiri) dan Sim Chon Siang pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara mahu mendapatkan pekerjaan dengan gaji lumayan, seorang pemuda rakyat Malaysia diperdaya sindiket perjudian dan penipuan apabila dia dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ di Sihanouk, Kemboja.

Lebih mengejutkan, bapa kepada individu terbabit yang dikenali Cristopher, mendedahkan anaknya turut diseksa ahli kumpulan sindiket itu.

Malah, dia diugut membayar sebanyak RM100,000 sebagai syarat untuk anaknya yang berusia 25 tahun itu, dibebas dan keluar dari negara berkenaan.

Sim Chon Siang (tengah) pada sidang media mengenai kes pemerdagangan manusia di sini, hari ini.
Sim Chon Siang (tengah) pada sidang media mengenai kes pemerdagangan manusia di sini, hari ini.

“Kira-kira awal Mei lalu, anak saya ambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur, tetapi tidak lama kemudian, dia beritahu mahu pulang ke Ipoh. Namun, seminggu berlalu, anak saya tetap tidak pulang dan pada 7 Mei, saya mendapat panggilan daripada anak mengatakannya ditipu dan sudah ada di Kemboja.

“Bila tahu perkara itu, saya terus buat laporan polis dan seminggu kemudian, anak saya telefon semula, namun panggilan terbabit dari ahli sindiket berkenaan yang meminta saya membayar RM100,000, kalau tidak anak saya akan dijual ke tempat lain. 

“Saya sangat takut dan minta tolong dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Teruntum. Akhirnya, beliau berjaya menjumpai anak saya, namun belum sampai lagi ke Malaysia, tunggu sedikit masa untuk dia balik,” katanya.

Cristopher berkata demikian kepada media ketika ditemui di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan PKR di Taman Pelangi di sini, hari ini.

Turut hadir, ADUN Teruntum, Sim Chon Siang; Naib Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan.

Chon Siang menunjukkan paparan video rakyat Malaysia didera di Kemboja selagi ibu bapa mereka tidak membayar wang tebusan RM100,000 kepada sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa.
Chon Siang menunjukkan paparan video rakyat Malaysia didera di Kemboja selagi ibu bapa mereka tidak membayar wang tebusan RM100,000 kepada sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa.

Dalam pada itu, Chon Siang berkata, beliau ke Sihanouk pada minggu lalu selepas menerima makluman daripada ayah remaja tersebut berhubung penipuan terhadap anaknya, namun tidak diketahui lokasi.

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa kira-kira tiga hari untuk menemui anak muda tersebut selepas mendapat bantuan daripada beberapa kenalan, iaitu penjawat awam di Kemboja.

“Bagaimanapun, mangsa ‘diwayangkan’ dengan dibawa ke Thailand secara sah, namun selepas itu mereka diseludup keluar melalui laluan tikus ke sempadan, sama ada dihantar ke Kemboja atau Vietnam. Di situlah, pasport mereka akan diambil dan takkan diberi cop sah ke negara itu.

“Itulah terjadi kepada anak Christoper yang dibawa naik motosikal melalui jalan kecil dan lereng bukit untuk dibawa ke Kemboja. Saya dah dapat anak beliau, namun disebabkan dia masuk ke negara itu secara haram, dia terpaksa ditahan dahulu di Depot Tahanan,” katanya.

Sementara itu, Chon Siang tidak menolak kemungkinan sindiket tersebut dikuasai kongsi gelap beberapa negara terlibat, namun tidak mahu mengulas lanjut.

“Ini adalah aktiviti pemerdagangan manusia dengan kos sehingga RM100,000 untuk melepaskan mangsa, ini saya rasa untuk kos mengajar mereka menjadi sindiket. Pada masa sama, kita turut menerima maklumat daripada Mohd Syazwan Mohd Nasir, pegawai kedutaan di Kemboja yang memaklumkan ada lebih kurang lagi 100 mangsa di sekitar negara jiran.

“Namun, tiada informasi data secara terperinci, tetapi kita dapat maklumat warganegara kita didera dan dijual di Kemboja. Mungkin ada ibu bapa tidak mengetahui anaknya terlibat. Sekiranya ada, boleh hantar maklumat kepada saya agar kita dapat selamatkan lebih ramai rakyat dalam kes seperti ini,” katanya. - Getaran, 6 Julai 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad