web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidiladha: 1.9 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya PLUS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 2:31PM

PLUS menjangkakan 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya setiap hari semasa musim cuti Aidiladha ini, berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari biasa. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya semasa cuti perayaan Aidiladha bermula 7 hingga 12 Julai.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata oleh itu pengguna dinasihatkan supaya mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. 

Beliau berkata pihaknya menyarankan orang ramai yang akan pulang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak dan Johor supaya memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi pada 7 Julai hingga 10 Julai. 

Bagi mereka yang menuju ke lokasi lain yang lebih dekat pula dinasihati untuk memasuki lebuh raya selepas 1 tengah hari.

“Kami menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya setiap hari semasa musim cuti Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan dan tempoh perjalanan yang lebih panjang pada hari-hari puncak tersebut.

"TTA bermatlamat untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan terkumpul serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekali gus mengurangkan kesesakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pula, beliau berkata pengguna dinasihatkan agar memasuki lebuh raya sebelum 9 pagi pada 10 Julai hingga 12 Julai.

“Berdasarkan kajian kami bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pengguna lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan dua kali lebih panjang berbanding perjalanan biasa sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA ini,” jelasnya. 

Zakaria turut menyeru pengguna untuk mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, applikasi PLUS, talian PLUSLine, papan tanda elektronik (VMS) serta mengikuti laporan trafik menerusi siaran radio utama.

Pengguna lebuh raya juga digalakkan menggunakan applikasi Waze dan Google Maps untuk merancang perjalanan mereka di samping memastikan baki kad Touch 'n Go atau e-wallet mencukupi .

Selain itu, beliau turut menasihati pengguna agar memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

"Sila patuhi had kelajuan di lebuh raya, elakkan memandu terlalu rapat dengan kenderaan lain, dan berehat sebentar untuk menyegarkan diri di kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang lebuh raya,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini