web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arwah Isteri Luah Hasrat Namakan Bayi Muhammad Aidan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 12:51PM

Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24, membawa janin Allahyarhamah isterinya berusia hamil empat bulan memasuki Surau Al-Istiqamah untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Walaupun belum diketahui jantina bayi mereka, mangsa banjir Nurul Anis Abu Hassan, 23, pernah menyatakan hasrat menamakan bayinya dengan panggilan Muhammad Aidan.

Suaminya Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24, berkata nama yang dipilih isterinya mempunyai makna yang baik iaitu anak lelaki yang penuh bersemangat, berakhlak mulia dan cergas.

"Kami berkahwin pada 2 Feb lepas dan memang tidak kisah tentang jantina anak, sama ada lelaki atau perempuan, tetapi arwah ada mencadangkan nama Muhammad Aidan.

"Sebelum ini ada buat imbasan namun tidak diketahui jantinanya, hari ni, saya sempat tatap wajah anak saya, memang seiras saya," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Surau Al-Istiqamah, Kampung Charuk Bemban Dalam dekat sini selepas majlis pengebumian isterinya pagi tadi.

Dalam nada sebak, Muhammad Khairul Asyraf yang bekerja kilang di Pulau Pinang berkata beliau reda dengan kehilangan serentak isteri, ibu Salmah Mat Akib, 53, bayi dan adiknya Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, dalam kejadian banjir itu.

"Sebelum kejadian ini, dia (arwah isteri) selalu nasihatkan agar saya jaga diri, baca doa bila keluar rumah dan berhati-hati menunggang motosikal..kerap sangat dia pesan macam tu.

"Bila ditanya nak raya di mana, nak beli baju raya, dia jawab tak mau sembang lagi tentang itu dan meminta menunggu saya balik ke kampung dulu," katanya yang turut memaklumkan menyewa rumah di Pulau Pinang dan berulang alik kampung semasa cuti kerja. 

Muhammad Khairul Asyraf menyifatkan Nurul Anis sebagai seorang isteri yang sangat baik dan rapat dengan ibunya serta sanggup menjaga Salmah sewaktu beliau bekerja.

"Dia minta untuk jaga mak saya sewaktu saya keluar bekerja, malah arwah juga bukan jenis mengongkong sebaliknya banyak menyerahkan kepada saya untuk buat keputusan...dia jaga makan minum mak saya, rapat sangat dengan mak saya," katanya.

Mayat Nurul Anis dan ibu mentuanya yang lumpuh itu ditemukan dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter dari tapak rumah mereka yang dihanyutkan itu kira-kira 9.30 pagi, semalam.

Mangsa ketiga Khairul Ikhwan pula ditemukan pada 11.55 pagi semalam di bawah timbunan pokok, tidak jauh dari mayat ibu dan kakak iparnya ditemukan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad