web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Kembali Meningkat Hampiri 3,000 Kes, 3 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 11:09AM

Angka jangkitan COVID-19 dalam negara kembali meningkat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 dalam negara kembali meningkat dengan 2,932 kes baharu direkodkan semalam, berbanding 1,918 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan bertambah kepada 4,578,741 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,930 kes tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak tiga lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Selangor dengan dua kes, manakala satu di Pahang.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,787 setakat ini dengan 7,587 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 30,019 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.6 peratus atau 28,709 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 30 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,238 orang atau 4.1 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 42 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,292 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,512,935 kes. - Getaran, 6 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir Di Sarawak: Jumlah Mangsa Terus Meningkat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di Perak, Selangor Catat Peningkatan Pagi Ini

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Penggunaan Dadah Semakin Meningkat - Laporan PBB

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad