web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Rugi RM200,000 Bakeri Musnah Dalam Insiden Banjir, Fenomena Kepala Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 7:16AM

Pengusaha kedai bakeri Nurul Halimah Kuin, 29, menunjukkan tapak kedainya yang roboh akibat arus deras dan fenomena kepala air yang berlaku di Kampung Iboi Kupang petang kelmarin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Arus deras banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di Kampung Iboi di sini menyebabkan seorang pengusaha bakeri kerugian kira-kira RM200,000.

Menceritakan pengalamannya, Nurul Halimah Kuin, 29, berkata dalam insiden pada kira-kira 4.30 petang itu, keseluruhan premis kedai yang terletak di tebing Sungai Iboi ranap sepenuhnya dibawa arus.

"Masa kejadian itu, hujan tidak terlalu lebat tapi air sungai naik sangat cepat dan memasuki kedai. Saya berlari ke rumah yang terletak berhampiran untuk meminta bantuan bapa mertua tapi dia tiada di rumah.

"Saya kembali semula ke kedai namun air sudah naik setinggi semeter. Saya jerit minta tolong penduduk untuk selamatkan ibu mertua serta seorang pekerja dan Alhamdulillah, mereka berjaya diselamatkan," kata peniaga itu kepada pemberita di tapak kedainya di Kampung Iboi, Kupang di sini hari ini.

Nurul Halimah berkata kejadian itu berlaku amat pantas sehingga dia tidak sempat menyelamatkan sebarang peralatan dan barangan selain wang tunai di dalam kedainya.

Katanya dia juga tidak dapat menyiapkan banyak tempahan kuih raya yang diterima daripada pelanggan sempena Aidiladha.

Bagaimanapun, Nurul Halimah bersyukur kerana dia dan keluarganya terselamat walaupun mengalami kerugian yang agak besar.

"Saya tak larat nak menangis ...tapi saya bersyukur kerana kami semua selamat kerana ada orang lain yang kehilangan ahli keluarga dalam kejadian ini," katanya.

Insiden banjir dan fenomena kepala air yang berlaku petang semalam itu mengorbankan tiga beranak manakala sembilan rumah musnah dihanyutkan arus deras. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran