web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambutan Kurang Punca Bas Percuma Rapid KL Ditamatkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 5:17PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada sambutan menggalakkan daripada penumpang menjadi punca perkhidmatan bas percuma tanpa henti Rapid KL di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni serta Stesen LRT KLCC ditamatkan bermula 1 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan bas percuma tersebut yang bermula pada 17 Jun dan 21 Jun lalu, sambutan dari penumpang adalah amat kurang.

“Kami hanya menerima kadar purata seorang penumpang untuk setiap perjalanan kerana rata-rata penumpang masih selesa menggunakan perkhidmatan tren.

“Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan operasi perkhidmatan ini pada 1 Julai 2022,” katanya menerusi kenyataan diterima Getaran hari ini.

Kenyataan sama memaklumkan, perkhidmatan bas percuma tanpa henti itu membabitkan laluan SH01 (KLCC - Wangsa Maju) dan SH02 (Pasar Seni – Universiti) serta SH03 (Pasar Seni – KLCC).

Menurutnya, perkhidmatan itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan penumpang di kedua-dua stesen tersebut.

Perkhidmatan itu juga, katanya, adalah alternatif kepada penumpang tren untuk ke stesen Universiti dan Wangsa Maju.

Menurutnya, pelbagai inisiatif promosi dijalankan sebelum dan sepanjang perkhidmatan tersebut beroperasi, seperti notis harian di media sosial Rapid KL, pengagihan risalah promosi, selain penggantungan kain rentang (banner) di hab bas KLCC serta Pasar Seni.

Sementara itu, penumpang boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi perkhidmatan bas Rapid KL di laman media sosial syarikat berkenaan serta aplikasi PULSE menerusi telefon pintar.

Maklumat terbaharu akan dikemas kini bagi memudahkan penumpang merancang perjalanan masing-masing.

Terdahulu, notis berhubung penamatan perkhidmatan itu dimaklumkan Rapid KL menerusi akaun Twitter, @AskRapidKL.

Bagaimanapun, tinjauan Getaran menerusi ruangan komen di pemakluman itu menerima respon berbeza daripada netizen, termasuk pengguna perkhidmatan bas berkenaan.

Ada segelintir memahami keputusan harus diambil pihak syarikat itu, manakala sesetengah menyifatkan ia tidak adil kepada pengguna yang menggunakannya setiap hari, terutama apabila penamatan itu dimaklumkan saat akhir. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

2

Semasa 3 tahun yang lalu

TM Keluar Notis Penamatan Berhubung Perolehan SSA Ke Atas Kepentingan Dalam DNB

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Operasi Stesen Rel Terpilih Dilanjut Sehingga 1.30 Pagi Sabtu Ini

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Kongsi Video Merisik Di Instagram

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Video Tular Di Media Sosial, Wanita Benarkan Anak Berdiri Melalui ‘Sunroof’ Ditahan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad