web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Kilat Baling: JAKIM Diarah Segera Salur Bantuan Musa’adah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 12:05PM

Tinjauan udara menunjukkan keadaan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi yang dilanda banjir petang semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff sudah diminta untuk segera menyelaras bantuan Musa’adah kepada mangsa banjir di Baling, Kedah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, JAKIM dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama yang berkaitan, turut diarah turun ke lapangan bagi membantu pihak berkuasa di negeri berkenaan.

“Saya mengikuti laporan media mengenai kejadian banjir lumpur melanda beberapa kawasan di Baling, Kedah. Dari lubuk hati yang dalam, saya berasa amat dukacita dan bersimpati dengan penduduk yang terlibat dengan ujian tersebut.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah JAKIM untuk segera menyelaras bantuan Musa’adah JAKIM bersama-sama pihak berkuasa Kedah bagi membantu penduduk terkesan dan terjejas banjir (di Baling),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN KEJADIAN BANJIR LUMPUR DI DAERAH BALING,...

Posted by Idris Ahmad on Monday, July 4, 2022

Pada masa sama, Idris mendoakan semua pihak yang terbabit dengan bencana itu, termasuk penduduk dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berkenaan.

“Saya menyeru seluruh masyarakat, termasuk jemaah haji di Makkah bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat negara kita,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, hujan lebat berterusan selama beberapa jam di daerah berkenaan menyebabkan perkampungan di situ dilanda banjir kilat.

Bencana itu turut melanda dua buah kampung, iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang yang mengakibatkan rumah penduduk dinaiki air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Rasidah Kassim berkata, hujan lebat yang bermula kira-kira 2 petang itu menyaksikan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk berdekatan tebing.

“Pihak APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) menerima laporan mengenai banjir kilat tersebut pada kira-kira jam 6 petang, sebelum anggotanya membuat tinjauan ke lokasi kejadian.

“Anggota APM mendapati beberapa rumah dimasuki air susulan banjir kilat tersebut. Bagaimanapun setakat ini (semalam) tiada pusat pemindahan dibuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Rasidah berkata, pihaknya sedang mengemas kini maklumat berkaitan bencana itu, termasuk jumlah mangsa terbabit serta bilangan rumah terjejas atau mengalami kerosakan. – Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad