Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahu Pastikan Malaysia Cukup Bekalan Ayam? Utamakan 6 Perkara Ini...

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jul 2022 7:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Adly Zahari menggariskan enam perkara yang harus diberi keutamaan bagi memastikan bekalan ayam di Malaysia tidak berkurangan, antaranya jumlah pekerja mencukupi.

Adly berkata, industri penternakan ayam memerlukan pekerja mencukupi, justeru isu kemasukan tenaga kerja asing pasca pandemik mesti segera diselesaikan.

Usaha itu, katanya, sama ada mempercepat pengusaha mendapatkan tenaga kerja terbabit, mahu pun meningkatkan insentif bagi menambah pekerja tempatan bekerja di industri tersebut.

Menurutnya, perkara kedua adalah kos makanan untuk ternakan dan bagi jangka masa pendek, kerajaan boleh menyalurkan subsidi yang membolehkan harga makanan ayam lebih stabil, sekali gus memastikan penternak dapat memaksimumkan hasil pengeluaran.

“Ketiga, tingkatkan produktiviti makanan ayam dalam negara. Di Malaysia banyak tanah terbiar yang tidak produktif, jadi kerajaan harus memanfaatkan ini bagi menjadikan tanah terbiar lebih produktif.

“Birokrasi kelulusan merancang contohnya, juga mesti dipercepatkan supaya membolehkan tanah-tanah terbiar ini dimajukan untuk pertanian bagi makanan ternakan, seperti jagung dihasilkan segera,” katanya.

Selain itu, Adly yang juga mantan Ketua Menteri Melaka menambah, keutamaan perlu diberikan kepada kemudahan pinjaman bank.

Adly Zahari
Adly Zahari

Beliau menjelaskan, kemudahan pinjaman bank perlu diperkenalkan bagi penternakan ayam bersaiz sederhana untuk membolehkan lebih banyak pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) diwujudkan, di samping aspek pemantauan kewangan lebih berkesan.

“Perkara keenam adalah penghasilan anak ayam. Negara perlu meningkatkan kajian dalam menghasilkan lebih banyak kepelbagaian benih dan baka ayam untuk keperluan ayam pedaging.

“Ini akan membantu menghasilkan anak ayam lebih murah dan tiada kesan dari penyakit yang tidak menjejaskan keseluruhan penternakan ayam,” katanya.

Beliau menambah, kebergantungan negara kepada ayam sebagai sumber protein juga perlu diimbangi dengan keperluan ikan dan daging.

“Kita boleh sahaja memberi alasan isu keperluan makanan adalah isu global, persoalannya adalah bagaimana kita bertindak supaya Malaysia lebih produktif?,” soalnya.

Dalam pada itu, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee berkata, beliau bersetuju agar keutamaan diberikan untuk mengatasi isu kekurangan tenaga kerja, sama ada pekerja asing mahupun tempatan.

Beliau menambah, isu kekurangan pekerja tersebut sedang membelenggu banyak industri dan langkah menanganinya perlu dipercepatkan.

“Sama seperti cadangan memajukan tanah-tanah terbiar, isu pokoknya masih pekerja, kalau kita tak dapat mencari pekerja sama ada tempatan atau asing, apa boleh kita buat?

“Kita mesti cari cukup orang untuk majukan tanah tersebut. Kalau tidak cukup orang, tak usah cerita soal itu,” katanya.

Bercakap soal subsidi, Jeffrey berkata, langkah itu dilihat tidak dapat menyelesaikan isu secara menyeluruh, tetapi sekadar meringankan kos sara hidup rakyat untuk jangka pendek.

“Tetapi kalau kita buat untuk sepanjang masa adalah susah. Apa yang boleh kita cakap kepada rakyat adalah mereka perlu berjimat. Kita tidak mahu makanan kita dibazirkan sebab makanan sudah mahal, kita kena pandai,” katanya.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan untuk memudahkan pinjaman bank, terutama ketika kos operasi pada masa ini yang meningkat dan pengusaha tiada wang pusingan.

“Macam mana kita boleh menghasilkan barang sama? Kalau dahulu satu ekor ayam kos kita mungkin kita cakap RM10, sekarang kos kita sekurang-kurangnya RM14. Itu kos sahaja itu.

“Jadi kalau kos itu tidak cukup, dengan kos sama RM10 itu, bolehkan kita ternak ayam yang sama? Tidak boleh. Kalau kita dapat pinjaman daripada bank mungkin kita dapat ternak ayam sama,” katanya.

Berhubung isu ternakan anak ayam, beliau berkata, perkara itu adalah kompleks yang tertakluk kepada faktor tertentu.

“Anak ayam ini dia kompleks sedikit, dia mesti ada ‘ibu bapa’ dan kalau kita tengok satu dunia dikawal beberapa syarikat sahaja. Kalau kita tidak dapat sumber daripada mereka, memang susah bagi kita,” katanya. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Semasa 5 jam yang lalu

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket