web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ira Kazar Diarah Fail Pembelaan Dalam Kes Saman Puteri Sarah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 7:00AM

Gambar Instagram @irakaza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini semalam mengarahkan anak kepada pelakon Kazaruddin Saisi, Faghira Fatini untuk memfailkan pernyataan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah, dalam tempoh sebulan.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selaku plaintif berkata Hakim Rofiah Mohamad mengeluarkan arahan itu pada prosiding pengurusan kes dalam kamar semalam.

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Faghira) untuk memasukkan pembelaan dalam masa sebulan. Jika perlu jawab, kami (plaintif) akan jawab, jika tidak, mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas prosiding.

Katanya, mahkamah menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Selain itu, Akberdin berkata mahkamah turut mengekalkan perintah interim injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang antaranya defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga perbicaraan penuh.

"Peguam bagi pihak defendan tidak membantah terhadap perintah interim injuksi itu dan mahkamah mengekalkan perintah injunksi tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah yang merupakan isteri kepada pengarah filem Mat Kilau, Mohd Syamsul Mohd Yusof telah memperoleh perintah interim injunksi itu.

Ditanya sama ada kedua-dua pihak berkemungkinan akan menyelesaikan kes saman itu secara baik, Akberdin berkata perkara itu masih belum dipertimbangkan.

"Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu...kita bukan arrogant (meninggi diri) jadi asalkan tawaran itu logik, kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan daripada anak guam (Puteri Sarah)," katanya.

Dalam pada itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Faghira atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

"Anak guam saya sudah memasukkan kehadiran pada Jumaat lepas dan hari ini mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam," kata Ammar.

Puteri Sarah, 37, memfailkan saman itu bulan lepas atas dakwaan menerima gangguan dan ugutan daripada Faghira, 27, menerusi media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 2 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

4

Semasa 3 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad