Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Puteri Sarah Teruskan Saman Orang Ketiga

Seringkali dicabar untuk mengambil tindakan saman, akhirnya Puteri Sarah memfailkan dua saman terhadap orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya bersama pengarah terkenal Syamsul Yusof. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang juga isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana telah meneruskan saman terhadap orang ketiga yang didakwa menggangu rumah tangganya.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun Instagram HLive, Puteri Sarah mengakui dia meneruskan tindakan saman yang sebelum ini pernah dibatalkannya kerana terasa diri dicabar. 

“Tujuan saya lakukan ini adalah untuk mempertahankan maruah saya yang sudah tercalar. Perkara ini tak akan pergi sejauh ini kalau saya tidak diganggu oleh pihak ketiga yang telah mencabar saya. Baru-baru ini saya dedahkan di IG Story yang dia mencabar saya dengan bertanya bila nak saman. Cepat sikit suruh peguam kau buat kerja, orang dah meluat. Okay inilah harinya,” katanya yang telah memfailkan dua saman.

Katanya lagi selepas dia pulang dari mengerjakan umrah, dia telah nampak jalan apa yang harus dilakukannya. 

“Sebelum ini saya memang sudah ada niat untuk mengambil tindakan. Tetapi ketika itu saya masih berfikir jika saya teruskan, apa yang akan berlaku pada saya, pada perkahwinan saya serta keluarga. 

Ketika itu sebelum saya pergi umrah. Saya masih rasa was-was. Mungkin ketika itu saya belum matang dalam membuat keputusan dan tak nampak hala tuju. Tapi saya telah dapat nasihat dari peguam saya dan saya pun ada buat solat istikharah.Saya buat untuk diri saya dan keluarga. Sampai bila saya nak kena pijak macam ni. 

Sarah turut mendedahkan dia ada menerima banyak mesej dari netizen yang senasib dengan dirinya dalam hal berkaitan rumah tangga.

“Ramai yang DM (mesej) saya tanya tolonglah Sarah, apa yang kami nak buat, macam mana kami nak jadi macam Sarah. Sekarang ini Insyaallah saya dah bukakan jalan untuk mereka. Lepas ni siapa-siapa yang nak menyondol tu mungkin perlu berhati-hati.  Dah ambil orang punya, duduk diam-diam. Jangan dah ambil orang punya, nak canang sana sini lepas tu kacau isteri, keluarga dan persekitaran,” kongsinya. 

Katanya lagi, dia tidak takut lagi untuk berdepan dengan kesedihan rumah tangga yang dilanda badai kerana sudah lama melaluinya.

“Saya tidak takut. Bila orang kata nanti saya balik rumah mesti menangis. Tidak! Saya dah menangis empat tahun lalu. Saya tak takut sebab kali ni Allah ada dengan saya. Saya ada keluarga, keluarga mertua, dan anak-anak yang selalu bersama saya,” katanya.

Ujarnya lagi, dia tidak fikir tentang menang atau kalah dalam kes saman ini kerana hanya mahu lakukan yang terbaik untuk dirinya dan anak-anak. 

Semoga segala urusan Puteri Sarah dipermudahkan dan mendapat keadilan yang sewajarnya. - Getaran, 30 Jun 2022

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 22 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN