web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Upah Poter Gunung Kinabalu Perlu Diselaraskan - Menteri Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 11:22AM

Gunung Kinabalu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kadar upah poter atau pembawa barang, di Gunung Kinabalu perlu diselaraskan mengikut kadar yang ditetapkan Taman-Taman Sabah (TTS), kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.

Beliau berkata TTS menetapkan kadar upah untuk poter yang memberi khidmat membawa barangan untuk pendaki Gunung Kinabalu sebanyak RM13 sekilogram dengan minimum jumlah berat 10 kilogram, manakala poter mengangkat barang keperluan penginapan RM5.50 sekilogram.

Katanya kadar upah poter mengangkat barang keperluan perkhidmatan untuk penginapan dan restoran di gunung itu adalah RM5 sekilogram yang perkhidmatan itu dikendalikan Mountain Torq dan Sutera Sanctuary Lodge.

"Saya mencadangkan agar Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq juga dapat mempertimbangkan untuk selaraskan kadar upah yang sama dengan TTS.

“Namun kadar upah poter dan malim gunung akan dibincangkan daripada semasa ke semasa agar mereka juga mampu meningkatkan keseimbangan kerja dan mempunyai standard kehidupan yang lebih baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jafry berkata dengan kiraan kasar upah RM5 sekilogram, secara purata berat barang diangkat poter sehari adalah 35 kilogram sekali mendaki dan sekiranya Poter mendaki sebanyak 15 kali sebulan purata pendapatan RM2,625, bagaimanapun kekerapan mendaki bergantung kepada kerajinan seorang poter.

Bagaimanapun, katanya laporan daripada TTS memberitahu secara purata seorang poter pendaki Gunung Kinabalu dengan pendakian sebanyak 12 kali sebulan mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM3,540 sebulan.

Sementara itu, beliau berkata untuk kadar upah bagi malim gunung ketika ini adalah RM230 untuk dua hari satu malam dan purata seorang malim gunung mengiring pendaki dalam sebulan adalah sebanyak 13 kali dengan anggaran pendapatan RM2,990.

Pada masa sama, beliau berkata kementeriannya juga telah meluluskan bantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Malim Gunung dan Persatuan Poter Gunung Kinabalu. - Bernama
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad