web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Calon Wanita Tertua PRU, Tok Mun Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 9:32PM

Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun yang berusia 103 tahun, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Atas Tol di sini, petang tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Bekas calon Bebas yang juga calon wanita tertua Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun yang berusia 103 tahun, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Atas Tol di sini, petang tadi.

Cucunya, Tuan Norazlina Tuan Lah, 51, berkata neneknya itu menghembuskan nafas terakhir pada 3.30 petang selepas tahap kesihatannya merosot sejak tiga atau empat bulan lepas disebabkan pelbagai komplikasi sakit tua.

"Allahyarham memang tinggal bersendirian di rumahnya tapi ramai anak saudara dan cucu saudara yang tinggal berdekatan datang menjaganya secara bergilir kerana Tok Mun enggan tinggal di rumah lain.

"Rutin harian kami memang menghantar makanan, membersihkan dan menemaninya tidur, namun petang tadi saya terima panggilan telefon yang memaklumkan Tok Mun meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tuan Norazlina berkata neneknya itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-103 pada 24 Jun lepas.

Beliau menyifatkan neneknya itu sebagai seorang yang sangat berani, berprinsip serta bercita-cita tinggi untuk membantu masyarakat yang dibuktikan menerusi penyertaannya sebagai calon pilihan raya.

Menurutnya jenazah Tok Mun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada 10 pagi esok.

Sejarah penglibatan warga emas itu sebagai calon Bebas pada PRU12 dan PRU13 pernah menggemparkan negara, malah mendapat liputan media antarabangsa apabila berjaya 'memecah undi' tokoh PAS pada PRU12, iaitu Mohamad Sabu.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, selain Tok Mun dan Mohamad, calon Barisan Nasional iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail menang tipis dengan majoriti 628 undi.

Tok Mun yang hilang wang pertaruhan memperoleh 685 undi, manakala Razali menang dengan 32,562 undi sementara Mohamad meraih 31,934 undi.

Pada PRU13 pula, Tok Mun yang mencabar calon BN Datuk Mohd Zubir Embong dan calon PAS, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di Parlimen sama, sekali lagi hilang wang pertaruhan apabila hanya meraih 182 undi. 

Kali terakhir ditemu bual Bernama pada 2021, Tok Mun membayangkan hasratnya untuk terus menjadi calon sekiranya mendapat sokongan kewangan daripada mana-mana pihak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan