web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengamal Media Dikasari, Polis Sedang Kenal Pasti Individu Terlibat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 8:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tiada petugas Unit Tindakan Khas (UTK) yang terbabit kejadian tiga pengamal media dikasari ketika sebuah majlis di Tanah Merah, Kelantan semalam.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat dalam kejadian tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mengesahkan, terdapat sebarang bentuk pelanggaran kod etika dan tatasusila oleh mana-mana petugas keselamatan semasa menjalankan penugasan di majlis tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, pihak polis sentiasa menghargai pengamal media dan menghormati peranan mereka dalam menyebar luas informasi kepada masyarakat, khususnya bagi membantu memerangi jenayah.

“Hubungan erat pengamal media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini akan dikekalkan agar masyarakat mendapat maklumat tepat melalui sumber sahih,” katanya.

Gerakan Media Merdeka (Geramm) sebelum ini, dilaporkan mengecam insiden didakwa berlaku terhadap tiga petugas media, termasuk wartawan lelaki yang mengatakan dia ‘ditampar’ di bahagian perut, manakala wartawan wanita ‘dicengkam leher’.

Kejadian didakwa berlaku ketika mereka berada di bawah pentas utama yang membariskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dua pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). - Getaran, 3 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad