web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Buatlah Selalu Jualan Amal Prihatin Rakyat Mydin' - Penerima 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 8:31PM

Jualan Amal Prihatin Rakyat yang diadakan di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa, di sini, hari ini, memberi peluang kepada 1,000 keluarga berpendapatan rendah membeli barang dengan harga murah. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seribu keluarga berpendapatan rendah terpilih membanjiri Jualan Amal Prihatin Rakyat diselenggara Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan kerjasama pasar raya besar Mydin di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa, di sini, hari ini.

Penerima mula beratur di depan dewan tersebut seawal 30 minit sebelum jualan dimulakan jam 9 pagi, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal.

Acara yang berakhir jam 5 petang itu turut menyaksikan orang ramai mengenakan pelitup muka dengan dipantau petugas pasar raya besar berkenaan.

Majoriti penerima menyifatkan harga barang keperluan dapur itu ‘terlajak murah’ selepas diberi potongan harga 50 peratus.

 Melan antara pembeli yang mengunjungi Jualan Amal Prihatin Rakyat, hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq
Melan antara pembeli yang mengunjungi Jualan Amal Prihatin Rakyat, hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Seorang penerima, Melan Saribon, 78 bersyukur kerana menjadi sebahagian individu terpilih bagi mendapatkan keperluan harian yang jauh lebih murah dari pasaran. 

Dengan jualan murah yang dianjurkan itu katanya, dia mampu menjimatkan perbelanjaan harian sehingga 30 peratus.

“Walaupun penerima perlu membeli melebihi RM100 namun mereka akan dapat potongan sehingga RM50. Inisiatif ini sekurang-kurangnya membolehkan kami berjimat untuk perbelanjaan keluarga. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.

"Saya sempat beli beras, telur dan minyak dengan harga murah selepas mendapat potongan harga. Terima kasih kepada Yang Berhormat (YB) Fahmi dan Mydin kerana prihatin dengan nasib rakyat yang terkesan," katanya ketika ditemui Getaran, di sini, hari ini.

 Azirah Ahmad
Azirah Ahmad

Seorang lagi penerima bantuan, Azirah Ahmad, 41, pula menyifatkan program seperti itu wajar diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah, susulan peningkatan mendadak harga barangan keperluan.

Dia mengakui amat teruja apabila mengetahui terpilih menghadiri jualan amal itu kerana ia merupakan antara langkah untuk berjimat cermat.

"Saya bersyukur kerana terpilih menyertai jualan seperti ini. Bolehlah beli serba sedikit barang keperluan untuk keluarga. Barang keperluan sekarang mahal, susah bagi golongan yang tidak berapa mampu seperti kami.

"Dengan jualan seperti ini, kami yang kurang berkemampuan dapat juga membeli. Saya datang hari ini untuk beli beras, minyak, tepung dan gula. Diharapkan kalau boleh, buatlah selalu,” katanya.

Mad Rozi Niat
Mad Rozi Niat

Mad Rozi Niat, 65, pula mengharapkan agar program seperti ini diperhebatkan lagi dengan memperbanyakkan kerjasama pelbagai pasar raya demi meringankan beban rakyat, khususnya golongan B40.

“Saya teruja apabila nama saya dipilih. Seawal jam 8 pagi tadi saya dah ada di sini walaupun belum buka lagi. Terima kasih sangat kepada Mydin dan YB Fahmi atas jualan amal yang dilihat amat membantu.

“Saya amat berharap program seperti ini diteruskan bukan sahaja dengan kerjasama Mydin, tetapi juga pelbagai pasar raya lain agar boleh mempelbagaikan jenis barangan dijual,” katanya.

Fahmi (kiri) bersama seorang penerima bantuan yang mengunjungi Jualan Amal Prihatin Rakyat Mydin, yang diadakan di  Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa, di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Fahmi (kiri) bersama seorang penerima bantuan yang mengunjungi Jualan Amal Prihatin Rakyat Mydin, yang diadakan di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa, di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika ditemui berkata, Jualan Amal Prihatin Rakyat Mydin yang diadakan dua kali bulan ini menawarkan potongan harga 50 peratus, termasuk tepung, minyak dan telur.

Jelasnya, seramai 1,000 keluarga yang layak menikmati jualan ini telah dikenal pasti menerusi rangkaian persatuan penduduk, wakil blok dan sistem pangkalan keluarga miskin iaitu e-Kasih.

“Saya turut merangka beberapa program lain bagi membantu kumpulan terkesan termasuklah jualan ayam dan ikan. Kita bukan nak jadi pesaing atau berperanan seperti pasar raya tetapi mahu membantu golongan B40 dan M40 bawah yang ketika ini terkesan dengan peningkatan harga.

“Kita senaraikan sekali M40 ke bawah kerana langkah pengurangan subsidi sebenarnya memberi kesan lebih tinggi kepada mereka berbanding B40. Antara sebabnya, golongan B40 boleh tinggal di rumah pangsa Program Penempatan Rakyat (PPR) namun M40 ini kena bayar sewa atau ansuran kediaman yang tinggi dan pelbagai kos lain,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad