web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempar, Mayat Dibungkus Dengan Kain Kanvas Ditemui Di Tepi Jalan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 7:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Orang awam digemparkan dengan penemuan mayat dalam bungkusan kanvas selain bangkai seekor ayam berdekatan mayat itu, di tepi jalan berhadapan sebuah restoran di KM 57, Jalan Gerik-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat dipercayai lelaki tempatan yang identitinya belum dikenal pasti itu kira-kira 10.15 pagi.

“Mangsa dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 40-an berdasarkan parut suntikan pada bahu sebelah kiri dan disyaki telah meninggal dunia dalam tempoh kurang daripada 36 jam.

“Selain itu, seekor ayam yang telah mati turut ditemukan berhampiran mayat berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata ketika ditemukan, mangsa yang berkemeja dan berseluar pendek didapati mempunyai kesan luka pada bahagian kanan kepalanya.

Anuar berkata mangsa yang ditemukan di lokasi yang jauh dari kawasan kejiranan dan laluan utama daripada Gerik ke Kuala Kangsar itu, dipercayai mati di tempat lain sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini.

"Semakan terhadap laporan orang hilang akan dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan siasatan lanjut sedang diteruskan berdasarkan bukti diperolehi di tempat kejadian. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran