web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Asing Maut Bergaduh, Pembantu Kedai Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 12:02PM

Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Polis menahan seorang pembantu kedai warga asing yang dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan maut di hadapan sebuah rumah di Jalan AU2A/14 Taman Keramat, Hulu Kelang, di sini malam tadi.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan bersama sebilah pisau pemotong sayur berukuran 12 inci di rumahnnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan pertengkaran antara mangsa dengan suspek namun siasatan lanjut masih diteruskan.

“Mangsa adalah seorang buruh berusia 37 tahun yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

“Pemeriksaan mendapati, mulut mangsa memiliki kesan darah dan terdapat satu tikaman di bahagian dada,” katanya hari ini.

Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 10.36 malam, berhubung satu pergaduhan di hadapan sebuah rumah. 

Katanya, anggota polis yang ditugaskan ke lokasi menemui seorang lelaki, dipercayai warga asing terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Petugas kesihatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan butiran si mati masih lagi dalam siasatan,” katanya. 

Menurut Mohamad Farouk, mayat mangsa kini dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

“Suspek pula akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk mendapatkan perintah reman,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad