web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Bukti Kerajaan Tidak Lepas Tangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 11:04AM

Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi adalah pendekatan rentas kementerian yang holistik dirumuskan kerajaan dan memastikan rakyat memahami situasi yang sedang melanda negara - Gambar hiasan oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi membuktikan kerajaan tidak mengamalkan sikap lepas tangan dalam menyelesaikan isu rakyat yang kian mendesak.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ramai yang tidak sedar bagaimana kerajaan menjalankan peranan mereka dalam mengurangkan impak inflasi kepada rakyat.

Katanya, penubuhan pasukan itu adalah satu pendekatan rentas kementerian yang holistik dirumuskan kerajaan dan memastikan rakyat memahami situasi yang sedang melanda negara.

"Saya rasa tindakan yang dilakukan pasukan ini kalau dilihat tindakannya sama sepertimana kita menangani COVID-19.

Kerajaan membuat pengumuman setiap kali mesyuarat diadakan untuk maklumkan rakyat apakah tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah inflasi dan rakyat juga dapat bertindak bersama," katanya.

Berkongsi pandangan yang sama, Ketua Ekonomi BIMB Securities Imran Nurginias, berkata langkah menubuhkan pasukan itu juga membolehkan kerajaan memulihkan ekonomi dengan mendalami kelemahan pasaran.

"Pasukan petugas ini juga akan mendengar pandangan dan rungutan pengguna serta input daripada kumpulan pengguna," katanya.

Dalam pada itu, Imran berharap pasukan khas yang ditubuhkan pada Rabu lepas itu dapat menyusun strategi dan menyelaraskan tindakan untuk menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya dalam mengawal kenaikan harga barang dengan lebih berkesan.

Katanya, perkara itu dapat dicapai melalui penguatkuasaan yang lebih jitu dalam mencegah salah laku peniaga dan melihat kepada kesan domino akibat kenaikan harga barang serta menyelesaikan masalah rantaian bekalan barangan.

Sementara itu, Presiden Kelab Belia Prihatin Malaysia Luqman Hakim Md Zim pula memberi saranan kepada pasukan itu supaya mengkaji semula subsidi bersasar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara maju untuk mengurangkan beban rakyat.

"Saya berpandangan pasukan Jihad itu perlu mengkaji semula pelaksanaan dan peruntukan subsidi rawak seperti yang kerajaan berikan terhadap petrol...selain dapat jimatkan perbelanjaan kerajaan, ia memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat di negara ini," katanya.

Luqman Hakim turut menyarankan agar kerajaan mewujudkan kad pembelian khususnya untuk barangan terkesan seperti beras, minyak masak dan sebagainya.

Katanya, kad pembelian itu adalah langkah yang terbaik supaya kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan negara dan sebaliknya memberikan bantuan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan.

Rabu lepas, Mesyuarat Jemaah Menteri dilaporkan bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar