web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua Lelaki Ditahan Cuba Sogok Pegawai Kanan Polis RM25,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 9:20AM

Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai cuba menawarkan wang sogokan RM25,000 kepada pegawai kanan polis selepas sebuah premis diserbu di Kepong - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai cuba menawarkan wang sogokan RM25,000 kepada pegawai kanan polis selepas sebuah premis diserbu di Kepong, dekat sini, pada 29 Jun.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kedua-dua lelaki berusia 40 dan 46 tahun itu ditahan dalam Op Kontraban oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya dalam operasi itu, polis turut menahan dua lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka berusia 26 dan 30 tahun.

“Kami merampas 34,536 tin dan 889 botol minuman keras, dua kenderaan pacuan empat roda dan wang tunai RM42,157 dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM1,228,391,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata seorang daripada empat lelaki yang ditahan pernah melakukan kesalahan sama pada 16 Mac lepas dengan nilai rampasan RM736,658.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

“Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama polis dan SPRM dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan ketelusan operasi yang dijalankan agar lebih berintegriti dan efektif,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek