web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Balik Kampung Ke Kota Kinabalu Penzahiran Satu Harapan - Penny Wong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 8:24AM

Penny Wong (empat, kiri) bersama rakan-rakannya dari Sabah pada majlis Ramah Mesra bersama rakan-rakan di Sabah semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Menteri Luar Australia Penny Wong menjelaskan perjalanan balik kampung beliau ke Kota Kinabalu sebagai lebih daripada sekadar satu kepulangan.

Beliau berkata lawatan dua hari beliau mulai semalam merupakan suatu penzahiran harapan, penghormatan dan kasih sayang.

“Penzahiran sebuah harapan bahawa kisah saya dan keluarga saya boleh menyumbang kepada hubungan antara negara kelahiran saya dan negara saya.

“Kisah ini boleh membawa hubungan peribadi dan insan bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

“Ia merupakan satu penghormatan kepada tempat dan masyarakat, keluarga saya yang membolehkan saya berdiri di sini malam ini sebagai Menteri Luar Negeri Australia,” kata beliau di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di satu majlis sambutan bersama orang terkemuka di Sabah di sebuah hotel di sini yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee. 

Wong berkata kepulangan beliau merupakan satu penghormatan kepada neneknya Lai Fung Shim kerana keberaniannya memberi inspirasi kepada semua dan bapa beliau Francis Wong yang keazaman dan cita-citanya membolehkan beliau menikmati banyak peluang.

“Ia juga merupakan penzahiran kasih sayang kepada tempat ini dan juga masyarakatnya dengan kenangan zaman kanak-kanak di Pantai Tanjung Aru, Pulau Mamutik, Gunung Kinabalu, Jambatan Tamparuli, Sungai Tambunan, Poh-Poh (nenek), ayam cendawan dan bapa membeli ikan dan udang segar untuk makan tengah hari.

Semua kenangan ini dan banyak lagi yang berada di dalam hatinya.

Wong berkata kisah beliau merupakan sebuah kisah Malaysia dan juga sebuah kisah Australia, pengalaman penghijrahan yang dikongsi ramai warga Australia yang mereka dilahirkan di luar negara dan mempunyai ibu bapa yang dilahirkan di seberang laut,

“Apabila kamu berjalan di sebuah bandar di Australia anda lihat dan mendengar kisah ini  dan saya katakan kepada anda ini adalah Australia moden inilah Australia hari ini,” katanya.

Wong akan menyambung lawatan balik kampungnya pagi esok dengan lawatan ke bekas sekolah beliau Kinabalu International School dan bersiar-siar di pekan Cina Luyang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad