web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakyat Dipelawa Bersama PH 2 Julai Ini 'Kongsi' Kemelut Hidup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 8:43PM

Penggulungan Sidang Nadi Rakyat akan dilakukan oleh Anwar selaku Pengerusi Pakatan Harapan . - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mensasarkan menjadi medan untuk rakyat bersuara berhubung isu fundamental yang menekan kehidupan mereka secara terus kepada pemimpin negara, orang ramai dijemput hadir ke Sidang Nadi Rakyat di Dewan Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada 2 Julai ini.

Sekretariat Sidang Nadi Rakyat menerusi kenyataan memaklumkan, program tersebut turut akan membincangkan isu peningkatan kos sara hidup, kerencaman masalah pendidikan, kebobrokan pengangkutan awam serta diskriminasi terhadap wanita dan anak muda.

“Suara rakyat yang berkeluh kesah dan merintih meminta belas ehsan kerajaan untuk mengurus serta memberi jaminan ke atas kesejahteraan hidup rakyat, jelas tidak dipedulikan, alah siri kegagalan kerajaan mengurus dan mentadbir hal ehwal negara semakin parah.

“Atas rasa tanggungjawab dan mewakili nadi suara rakyat, maka inisiatif Sidang Nadi Rakyat akan menjadi medan untuk rakyat bersuara secara langsung,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama memaklumkan, sidang tersebut akan dihadiri pimpinan dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Katanya, penggulungan sidang akan dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Sidang Nadi Rakyat ini akan menjadi satu medan yang membongkar polemik rasuah dan salah tadbir urus memperlihatkan kerajaan tidak kompeten mentadbir negara.

“Sebagai tanda solidariti atas dokongan kepada sidang ini, semua jemputan dicadangkan memakai warna putih semasa hadir ke program bermula 8.30 hingga 2 petang ini,” ujarnya. – Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar