web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benarkan Anak Bawah Umur Memandu, Wajarkah Ibu Bapa Dihukum?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 6:32PM

Lesen memandu adalah perkara wajib yang perlu dimiliki oleh seseorang individu sebelum memandu kenderaan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan ibu bapa membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan, disifatkan ibarat ‘bom jangka’ yang mampu meledak pada bila-bila masa apabila mereka terbabit kemalangan.

Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua, berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu berupaya meningkatkan risiko kemalangan maut, bukan saja membabitkan diri sendiri bahkan pengguna jalan raya lain.

Katanya, walaupun mungkin ada kala ibu bapa berada bersama di dalam kenderaan, namun sedikit kelalaian mereka mampu mengundang ‘bencana besar’.

“Walaupun mungkin perkara tersebut tidak serius, ia adalah masalah besar kerana golongan tersebut boleh diibaratkan sebagai ‘time bomb’ (bom jangka) yang boleh mengundang kemalangan sehingga meragut nyawa,” katanya kepada Getaran.

Dr Law Teik Hua
Dr Law Teik Hua

Beliau berkata, apabila bercakap soal lesen memandu, ia adalah perkara wajib untuk dimiliki seseorang individu sebelum memandu kenderaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika seseorang itu, terutama golongan remaja bawah umur dibenarkan memandu tanpa kemahiran kursus dan lesen diberikan institusi sekolah memandu, ia amat membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Remaja yang belum mengikuti kelas pemanduan mungkin memiliki kurang pengalaman untuk mengendalikan kenderaan di atas jalan raya, ia amat merbahaya buat dirinya dan pengguna lain.

“Jika mereka benar-benar memandu dengan cermat, adakah mereka mampu untuk mengelak daripada terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada pengguna lain atau sebaliknya,” tegasnya.

Justeru, Teik Hua berpendapat bahawa tindakan undang-undang tegas perlu diambil terhadap ibu bapa yang dianggap cuai kerana membenarkan anak, terutama di bawah umur untuk memandu di jalan raya.

Namun, beliau berpendapat, undang-undang jalan raya membabitkan isu pemanduan di bawah umur atau tanpa lesen agak ringan bagi memberi kesedaran terhadap risiko kehilangan nyawa yang mungkin berlaku akibat kelalaian tersebut.

“Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda antara RM300 hingga RM3,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Namun jika kemalangan berpunca daripada tindakan tersebut meragut nyawa pengguna lain adakah ia berbaloi? 

“Jadi di sini ada keperluan untuk menggunakan undang-undang lain yang keras kepada ibu bapa supaya mendatangkan gerun terhadap mereka,” katanya.

Bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa berhubung risiko apabila anak memandu tanpa lesen, beliau mencadangkan mereka dikenakan tindakan lebih berat.

“Jika kerajaan rasa untuk meminda peraturan jalan raya sedia ada mungkin memakan masa lama, mereka boleh menggunakan akta kanak-kanak kerana mereka ini boleh dianggap cuai yang memperuntukkan hukuman lebih berat.

“Tindakan keras perlu dikuatkuasakan, sekali gus mendatangkan gerun dan memberi pengajaran kepada orang lain untuk tidak melakukan perkara sama. 

“Ia hanyalah untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku kepada remaja bawah umur tersebut dan pengguna jalan raya lain,” jelasnya.

Berdasarkan rekod, perbuatan cuai atau abai adalah suatu kesalahan mengikut Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, selain perintah khidmat masyarakat sebagai hukuman mandatori.

Dr Nazirah Hassan
Dr Nazirah Hassan

Sementara itu, Pakar Kriminologi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan berkata, daripada aspek tingkah laku, kanak-kanak dan remaja yang memandu tanpa lesen boleh dikaitkan dengan beberapa dorongan signifikan.

“Antara faktor utama adalah keinginan untuk memandu. Berdasarkan kajian, memandu memberi status, simbol kebebasan atau perasaan ‘matang’ kepada remaja.

“Kanak-kanak juga sudah mula menunjukkan minat terhadap kegiatan berisiko seperti lumba haram seawal usia 12 tahun, iaitu pada usia masih belum layak mereka memperoleh lesen memandu dan ia amat berisiko,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada usia berkenaan golongan tersebut masih tidak memiliki pengetahuan mengenai bahaya memandu tanpa lesen, tanpa pengalaman dan tanpa kemahiran mencukupi.

“Sikap remaja suka keluar rumah dan melepak pada lewat malam mendesak mereka untuk memandu, berikutan ketiadaan pengangkutan awam atau ketiadaan masa orang dewasa untuk hantar serta ambil.

“Tindakan tersebut antara lain mengundang risiko kemalangan jalan raya terhadap mereka dan pengguna lain,” katanya.

“Kawalan ibu bapa yang masih lemah atau terlepas pandang membenarkan, tiada halangan atau anak memandu tanpa pengetahuan adalah kecuaian pemantauan,” katanya. - Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad