web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hakim Tegur Guan Eng, Buat Kenyataan Media Berhubung Kesnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 5:59PM

Lim Guan Eng - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan rasa kecewa dan menegur tindakan ahli politik itu membuat kenyataan media berhubung kes yang dihadapinya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.

Hakim Azura Alwi turut menegaskan bahawa perkara mengeluarkan kenyataan bersifat subjudis seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana semua pihak termasuk pasukan pembelaan tertuduh mempunyai pengetahuan penuh, matang dan bukan kali pertama menghadapi prosiding di mahkamah.

"Perkara seperti ini (keluarkan kenyataan subjudis) pernah ditimbulkan sebelum ini, namun tiada sebarang perintah dikeluarkan. Ia masih berlaku lagi, saya boleh tegur tetapi saya tidak boleh bagi jaminan (ia tidak berulang). Saya amat kecewa dengan perkara ini. Harap perkara ini tidak berlaku (lagi) dan tidak ambil mudah hal ini.

"Kes ini telah mendapat liputan media dan melibatkan kes kepentingan awam, saya harap tertuduh dan pihak-pihak lain dapat menghormati mahkamah," tegas Azura.

Sebelum perbicaraan bermula, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin merujuk kepada mahkamah satu laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Guan Eng yang mendakwa beliau tidak bersalah kerana tiada jejak wang dibuktikan berkaitan pertuduhan itu.

"Pihak kami ingin mahkamah menegur supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng mengesahkan perkara itu dan memohon maaf kepada pihak pendakwaan dan mahkamah susulan tindakan anak guamnya mengeluarkan kenyataan kepada pihak media pada Jumaat lepas.

"Saya faham pendirian pihak pendakwaan dan tidak patut keluarkan kenyataan, kami menerima teguran itu dan minta maaf kepada mahkamah," kata peguam itu.

Mahkamah menyambung prosiding untuk mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-28,  Azli Adam, 58, iaitu bekas Naib Presiden Kanan, Kewangan dan Perkhidmatan Korporat, Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (CZBUCG).

Sebelum ini media melaporkan, laporan polis telah dibuat terhadap Lim susulan komen dibuat mengenai kes mahkamah melibatkan pemimpin tersebut dan laporan itu dibuat terhadap Guan Eng berdasarkan artikel bahawa bekas Menteri Kewangan itu dipetik sebagai berkata keterangan saksi dalam perbicaraan rasuahnya adalah semata-mata satu rekaan dan konspirasi politik dan tindakan Guan Eng adalah subjudis kerana perbicaraannya masih belum selesai.

Guan Eng, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017. 

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Guan Eng, bekas Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad