web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


229 Penagih Ditahan, Lebih 17 Kilogram Ganja Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 3:17PM

Ganja yang dirampas dalam Op Tapis Khas yang diadakan di kawasan perumahan awam dan PPR di sekitar ibu negara dan Putrajaya. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 229 individu dipercayai penagih dadah ditahan dalam Op Tapis Khas, melibatkan kawasan perumahan awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara dan Putrajaya.

Operasi yang dilancarkan Jumaat lalu itu mensasarkan lapan lokaliti yang sedia dikenal pasti Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur iaitu PPR Desa Tun Razak, PPR Pantai Dalam, PPR Desa Rejang, PPR Sungai Bonus, PPR Intan Baiduri, Flat Seri Terengganu, sekitar kawasan Chow Kit dan Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, operasi berkenaan turut menerima kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur.

Menurut beliau, 11 daripada individu yang ditahan dikenakan tindakan mengikut undang-undang pencegahan dadah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Seramai 21 lagi individu dikenakan tindakan atas kesalahan mengambil dadah berulang iaitu Seksyen 39c Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seramai 10 individu lagi pula dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah,” katanya hari ini.

Beliau berkata, susulan kejayaan Ops Tapis Khas, JSJN Kuala Lumpur turut melancarkan Op Igor, sekali gus melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi seorang lelaki tempatan di sekitar ibu negara dan Selangor.

“Dalam operasi tersebut, polis berjaya menahan dua lelaki dan seorang perempuan tempatan berusia antara 24 hingga 31 tahun serta merampas 17.3 kilogram dadah dipercayai ganja bernilai RM43,200.

“Polis juga membuat sitaan harta terhadap semua suspek, melibatkan wang tunai berjumlah RM4,550, sebuah kereta jenis Honda CRV bernilai RM100,000 dan barang kemas bernilai RM15,000 menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM162,750,” katanya.

Azmi berkata, semua suspek kini direman antara satu hingga lima hari bermula Isnin lalu sehingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan polis Kuala Lumpur khususnya JSJN sentiasa berusaha membanteras serta menjalankan tindakan proaktif dalam mengesan aktiviti pengedaran dadah melalui siasatan, risikan serta maklumat daripada orang awam.

“Tindakan ini akan dilakukan dengan kerjasama AADK yang akan memberi tumpuan terhadap sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah di sekitar Kuala Lumpur,” katanya. - Getaran, 27 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad