web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadangan Naikkan Elaun Pembantu Tabika Di Peringkat Kelulusan MOF

Semasa · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 7:54PM

Mahdzir Khalid (kiri) menyampaikan Anugerah Khas Menteri kepada graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Aslina Ahmad pada Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah Kali Ketiga di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan menaikkan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), kini berada di peringkat kelulusan Kementerian Kewangan (MOF).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, MOF dijangka memberikan maklum balas yang positif mengenai perkara itu dalam masa terdekat. 

“Itu (cadangan menaikkan elaun pembantu Tabika Kemas) kita sudah bawa ke JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. 

"Hendak naikkan elaun itu kita kena ada kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk dapatkan wang itu balik kepada kita (KPLB), Insya-Allah kita akan dapat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Ke-3, Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, (UMT) di Kuala Nerus, Terengganu hari ini.

Turut hadir, Pengerusi KETENGAH, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengurus Besar KETENGAH, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.

Seramai 648 graduan Kolej Ketengah iaitu 404 orang menerima diploma dan 244 orang menerima sijil dalam bidang masing-masing pada Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah Kali Ketiga di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini. - Gambar Bernama
Seramai 648 graduan Kolej Ketengah iaitu 404 orang menerima diploma dan 244 orang menerima sijil dalam bidang masing-masing pada Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah Kali Ketiga di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini. - Gambar Bernama

Jelas Mahdzir, cadangan menaikkan elaun pembantu Tabika KEMAS sebelum ini telah disuarakan beberapa pihak berikutan bebanan tugas mereka yang semakin meningkat, dan tidak setimpal dengan gaji diterima, iaitu kira-kira RM500 sebulan.

“Dahulu tugas pembantu Tabika KEMAS hanyalah untuk memasak dan selepas itu mereka pulang, itu sahaja. Namun kemudiannya pembantu tabika ini sudah jadi seperti cikgu pula, banyak kerja yang dia (pembantu Tabika Kemas) kena buat,” katanya.

Berhubung kertas cadangan menaik taraf guru Tabika Kemas daripada lulusan diploma kepada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Mahdzir berkata perkara itu telah dibawa dan dibincangkan ke peringkat JPA. 

Tambahnya, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum meluluskan cadangan tersebut kerana ia membabitkan implikasi kewangan dan masa yang sesuai untuk melaksanakannya. 

“Setakat ini ia masih lagi dalam proses perbincangan (bersama JPA), kita ada ‘focus group’, kita kena tahu hendak buat ini perlu mengikut ‘batch by batch' (kumpulan demi kumpulan), kita hendak tahu bila kita boleh mula buat, ia juga akan melibatkan emolumen dan selepas itu kita kena tahu berapa bajet yang diperlukan,” kata Mahdzir.

Dalam pada itu, berhubung isu pengguguran Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mahdzir yang juga Naib Presiden parti berkata, perkara tersebut tidak menggambarkan wujudnya krisis dalaman parti itu.

Beliau menegaskan, UMNO tidak menghadapi sebarang krisis dalaman ketika ini dan menafikan wujudnya puak tertentu di dalam parti itu.

“Tidak ada apa-apa krisis, kalau nak krisis, ia akan jadi puak, jadi pasukan, itu baru lah krisis, ini tidak jadi puak apa-apa pun," katanya.

Khamis lalu, media melaporkan MKT UMNO mengumumkan pemecatan Tajuddin daripada ahli majlis itu menerusi satu surat bertarikh 21 Jun.

Kekosongan ditinggalkan bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad itu telah diganti oleh mantan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil yang mengangkat sumpah Jumaat lalu.

Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul termasuk yang mengaitkan wujudnya perpecahan dalam kalangan pucuk pimpinan UMNO. - Getaran, 22 Jun 2022



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad