web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Hingga 4 Penunggang P-Hailing Terlibat Kemalangan Seminggu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 4:38PM

Dr Shawaludin (lima, kanan) bertukar dokumen selepas menandatangani MOU bersama Zulhelmi pada Mesyuarat Agung Tahunan MSOSH Ke-51 di Setia Alam Convantion Centre (SACC), hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Anggaran tiga ke empat kes kemalangan dilaporkan secara mingguan berlaku dalam kalangan penunggang p-hailing di negara ini kerana terlalu penat bekerja serta terikat dengan sistem aplikasi.

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) Zulhelmi Mansor berkata selain itu kurangnya kesedaran mengenai tahap keselamatan antara punca utama berlaku kemalangan melibatkan golongan terbabit.

“Rata-rata mereka bekerja melebihi empat jam tanpa henti demi mengejar trip dan tempahan sehingga kepenatan dan akhirnya mengakibatkan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PENGHANTAR dan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) di sini hari ini.

MoU tersebut ditandatangi Zulhelmi mewakili PENGHANTAR manakala MSOSH diwakili Presidennya Dr Shawaludin Husin, yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan dalam kalangan penunggang p-hailing.

“Kerjasama ini bagi menyokong polisi keselamatan dan kesihatan PENGHANTAR ke arah mewujudkan budaya kerja selamat dalam kalangan penunggang p-hailing serta sentiasa menjadikan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) berteraskan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,” katanya.

“Ia juga bagi meningkatkan kesedaran dan perlindungan dalam kalangan penunggang p-hailing terhadap KKP selain memastikan setiap penghantar memakai peralatan perlindungan diri ketika bekerja,” katanya.

Sementara itu, Dr Shawaludin berkata MSOSH akan mengiktiraf modul Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang dibangunkan Penghantar, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

 “Ia akan diadaptasikan dalam panduan KKP P-Hailing secara menyeluruh sekali gus memperbaiki jaringan keselamatan sosial pekerjanya,” katanya.

MSOSH hari ini telah melancarkan laman sesawang Persidangan Tahunan Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) 2023 yang dijangka berlangsung pada Oktober tahun hadapan.

Malaysia melalui MSOSH akan menjadi tuan rumah persidangan tersebut yang menghimpunkan lebih 40 pertubuhan KKP dari 23 negara di rantau Asia Pasifik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad