Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tidak Hormat Bahasa Kebangsaan Bukan Jenayah Berat, Denda RM50,000, Penjara Melampau

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 9:00AM

Dr Teo Kok Seong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan supaya kerajaan mengenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara terhadap individu yang tidak menghormati bahasa kebangsaan yang hangat diperkatakan kini, keterlaluan dan tidak wajar dilaksanakan.

Ilmuan negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, ia adalah kerana tindakan tidak menghormati bahasa Melayu hanya kesalahan kepada negara dan tindakan itu bukan ‘jenayah berat’.

“Saya melihatnya (cadangan itu) sebagai ‘agresif’.”

Bagaimanapun, menurut beliau, terdapat keperluan untuk kerajaan melaksanakan hukuman kepada mereka yang biadap terhadap bahasa kebangsaan sebagai pengajaran untuk orang ramai agar wajib menghormatinya.

“Saya melihatnya (cadangan itu) sebagai ‘agresif’, bermaksud berlebih-lebihan kerana kesalahan terhadap negara dalam bentuk tidak menghormati bahasa kebangsaan itu seperti disamakan dengan kesalahan jenayah berat.

“Tak sepatutnya begitulah, sehingga mahu denda tidak melebihi RM50,000 dan hukuman penjara.

“Namun, sesuatu tindakan perlu dilaksanakan kerana sudah 65 tahun Malaysia merdeka dan cuba membentuk negara bangsa, tetapi masalah ini semakin hari semakin menjadi-jadi, rakyat tidak menghormati bahasa kebangsaan.

“Hanya Malaysia memiliki warganegara yang tidak menghormati bahasa rasmi negara,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Kok Seong berkata, di Indonesia, bukan sahaja rakyat termasuk kaum cina fasih berbahasa kebangsaan negara berkenaan, malah mereka sayang dan taatkan bahasa.

“Malaysia pula, dia terbalik kerana bukan sahaja ada yang tidak menguasainya, malah langsung tidak tahu bahasa Melayu.

“Justeru, keperluan untuk negara melaksanakan sesuatu tindakan atau hukuman, wajar demi memastikan rakyat mencintai bahasa sendiri,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jemaah Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, pihaknya mencadangkan individu yang didapati tidak menghormati bahasa kebangsaan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta DBP 1959.

“Usul denda ini bukan untuk menghukum, ia dicadang bagi membangkitkan kecintaan dan patriotism kepada negara,”

Menurut beliau, kedua-dua hukuman adalah antara dicadangkan untuk pindaan akta itu yang kini dalam fasa akhir perbincangan, sebelum dijangka dibentang kepada

Perdana Menteri bulan depan.

Mengenai pindaan itu, Awang berkata, ia harus dilaksana secara holistik, bukan sekadar bidang kuasa penguatkuasaan, tetapi juga harus melihat aspek perantarabangsaan, pentauliahan dan pelesenan bahasa sastera.

“Ia bukan soal salah tatabahasa atau ejaan tetapi tidak menghormati bahasa kebangsaan. Usul denda ini bukan untuk menghukum, ia dicadang bagi membangkitkan kecintaan dan patriotism kepada negara,” katanya.

Dalam pada itu, Kok Seong berpandangan ‘haram’ buat bangsa Melayu mempertikaikan bahasa kebangsaan daripada pelbagai sudut.

Pertikaian itu jika dilakukan, katanya, seperti perbuatan memadam sejarah kaum sendiri yang menjadi komuniti utama terbesar di Malaysia.

Beliau yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu sendiri, khususnya tokoh mahupun pemimpin politik yang menentang penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas dan perbuatan itulah perlu ‘dibunuh’ kaum berkenaan.

“Cuba bertutur sepenuhnya guna perkataan bahasa Melayu agar jati diri itu dapat dipamerkan.”

“Sikap (penentangan) ini perlu diubah dan diperlihatkan orang Melayu yang juga penutur jati bahasa kebangsaan atau bahasa nenek moyang mereka, agar ia mampu menjadi contoh serta teladan kepada kaum lain kerana ketika ini mereka sendiri tidak berapa menghormatinya.

“Mereka belajar bahasa Melayu namun atas dasar instrumental sebab wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak mahu mempraktikkannya atas dasar mahu menjadi sebahagian komuniti bahasa kebangsaan, sekali gus memastikan mereka memahami sikap serta kebudayaan orang Melayu lebih dekat, termasuk komunikasi dengan kaum tersebut,” katanya.

Sementara itu, selain sikap orang Melayu sendiri, Kok Seong berkata, terdapat keperluan komuniti tersebut mempamerkan kualiti jati diri, semangat jiwa patriotisme tinggi serta kental dalam memperkasakan bahasa Melayu.

Lantaran itu, beliau mencadangkan agar rakyat perlu sebaiknya mengelak menggunakan bahasa Inggeris, namun bertutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu ketika berada dalam negara.

“Cuba elak, bertutur sepenuhnya guna perkataan bahasa Melayu agar jati diri itu dapat dipamerkan. Jangan sengaja bercakap Bahasa Inggeris dan cuba biasakan diri berkomunikasi dalam bahasa rasmi negara,” katanya.

“Bagaimana nak martabatkan bahasa kebangsaan kalau urusan rasmi kerajaan pun guna bahasa Inggeris?”

Namun, beliau berkata, ia bukanlah perlu diwajibkan kerana jika terpaksa ada juga keadaan mereka terpaksa menggunakan bahasa lain, contohnya meminta ‘setem’ untuk dibeli ketika di pejabat pos yang tidak boleh dielakkan.

“Kadang-kadang saya melihat cikgu di sekolah ajar pasukan debat, bila dengar anak muridnya berbahas, ia mengatakan ‘konklusinya’. Mengapa menggunakannya, kerana kita ada ayat ‘rumusan’ mahupun ‘kesimpulan’. Kita kena biasakan diri juga dengan perkataan Melayu asal,” katanya.

Tinjauan Getaran di media sosial berhubung cadangan denda dan penjara itu mendapati, netizen memberikan pelbagai respon, termasuk ada yang seolah-olah menganggap ia sebagai kurang relevan.

“Kalau untuk yang tak boleh berbahasa kebangsaan macam mana eh (ya)? Ada kena apa-apa ke?,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Bagaimana nak martabatkan bahasa kebangsaan kalau urusan rasmi kerajaan pun guna bahasa Inggeris,” tulis pengguna lain.

“Jelasnya maksud tidak hormat? Apa?,” komen seorang lagi pengguna.

Menurut seorang pelayar media sosial, KPM sudah boleh menyeragamkan Bahasa Malaysia (BM) di semua sekolah rendah kan.

“Agak ironi BM diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), tidak sama standard sekolah rendah. Lebih pelik Bahasa Inggeris boleh sama standard pula,” coret seorang pengguna.

“Guna denda dan hukuman memaksa orang awam hormat bahasa kebangsaan bukan langkah bijak,” kata pengguna. - Getaran, 25 Jun 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi