web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagak 'Superman', 12 Pelumba Haram Motosikal Diberkas di ELITE

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 2:26PM

Mohd Nadzri Hussain - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 13 penunggang motosikal dipercayai terbabit lumba haram diberkas polis di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, awal pagi ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, kesemua mereka yang berusia antara 19 tahun hingga 25 tahun, dikesan melakukan kegiatan itu secara berkumpulan kira-kira jam 1 pagi tadi.

“Kejadian berlaku melibatkan 13 penunggang motosikal yang melakukan aksi meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua belah kaki ke belakang (superman), bersaing sesama sendiri, menundukkan badan dan aksi ‘zig-zag’ bermula dari Kilometer 41.7 sehingga Kilometer 35 Lebuhraya Elite arah Utara.

“Pada jam kira-kira 1.20 pagi, lima daripada kumpulan itu berhenti di Stesen Minyak Petronas Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, manakala kira-kira jam 1.40 pagi, lapan lagi suspek berhenti di sebuah warung di Klang,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kesemua 13 penunggang terbabit kemudian diberkas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi siasatan lanjut.

Katanya, polis turut mengeluarkan sebanyak 37 saman atas pelbagai kesalahan seperti berlumba haram terhadap kesemua suspek.

“Sebanyak 13 motosikal milik suspek yang ditahan sudah disita bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya – Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad