Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hishammuddin Nafi Terima Dana UKSB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 8:25PM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan beliau tidak mengetahui apa-apa berhubung sumbangan dana politik atau wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Dalam ciapan di Twitter hari ini, Ahli Parlimen Sembrong itu menjelaskan, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa, sekiranya dipanggil untuk siasatan.

“Saya tidak mengetahui apa pun berkaitan perkara disebut di mahkamah baru-baru ini.

“Sekiranya mereka ingin memanggil saya bagi melakukan siasatan, seperti kebiasaan sebelum ini, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa,” katanya.

Sabtu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor akan membuka kertas siasatan terhadap individu yang menerima dana politik seperti didakwa saksi perbicaraan kes rasuah membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut kenyataan, SPRM mengesahkan menerima aduan terhadap individu berkenaan, seperti dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Ahmad Zahid mula dibicarakan pada 18 November 2019 terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya berkaitan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Seorang saksi sebelum ini memberitahu mahkamah tinggi bahawa UKSB memberi dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018.

Mantan pengurus pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, dilaporkan berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid ketika lejar syarikat itu, dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah mantan Timbalan Perdana Menteri berkenaan, berhubung projek Visa Luar Negara (VLN).

Selain Muhyiddin, antara nama ahli politik lain disebut sepanjang prosiding adalah Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman. - Getaran, 22 Jun 2022

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

Semasa 20 jam yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

oleh Rafisqi Radhi

Pendidikan 1 hari yang lalu

Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

oleh Diyana Nawwar

Singapura 3 jam yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas