web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKKP Panggil Pengurusan Tertinggi Kontraktor Siasat Insiden SUKE

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 3:56PM

Sebuah kereta remuk selepas dihempap serpihan struktur kren di tapak projek pembinaan SUKE, di Alam Damai, Cheras. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan memanggil pihak pengurusan tertinggi termasuk ketua pegawai eksekutif dan pengerusi syarikat kontraktor, berhubung siasatan insiden di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata pihak berkenaan diminta membentangkan segala prosedur operasi standard (SOP) sedia ada serta penambahbaikan yang sudah dibuat bagi mengelakkan insiden sama berulang.

“Sebelum ini seminar serta kursus diadakan hanya melibatkan pegawai Occupational Safety and Health (OSH) ... Ini satu perkara besar yang melibatkan kos berbilion ringgit.

“Perkara ini perlu diambil perhatian serius ... (Kita akan tengok) kalau ada kecuaian di pihak kontraktor dan kita akan pertingkat SOP dalam semua sektor jika ada lagi kelemahan atau ada SOP perlu diperbaharui,” katanya kepada pemberita selepas Program Malaysia Prihatin di Maktab Rendah Sains MARA Pendang di sini hari ini.

Awang berkata perjumpaan itu diadakan pada 5 Apr depan dan antara tindakan yang akan dilaksanakan ialah mengadakan akujanji komitmen pihak-pihak terlibat dengan projek SUKE supaya meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja.

Dalam insiden 22 Mac lepas, tiga buruh asing maut, manakala seorang cedera selepas struktur kren di tapak projek pembinaan SUKE, terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Alam Damai, Cheras. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad