web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Terima Laporan Pergaduhan Peguam, Jurugambar Di Mahkamah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 8:05AM

Mohd Iqbal Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes pergaduhan dua individu membabitkan jurugambar dengan peguam bela di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan itu dibuat kedua-dua pihak dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan pihak polis.

“Hasil siasatan awal polis mendapati pergaduhan ini melibatkan seorang lelaki yang bertugas sebagai jurufoto sambilan Utusan Malaysia berumur 34 tahun dengan seorang peguam lelaki, berumur 50 tahun.

“Kejadian berpunca apabila keadaan sesak berlaku di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam semasa pasukan peguam sedang menuju ke kamar mahkamah, manakala petugas media sedang membuat liputan bagi kes pembunuhan CEO Cradle Fund,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Tangkap layar kekecohan yang berlaku antara jurugambar Utusan Malaysia, Zulfadhli Zaki (kiri) dan peguam S. Suresh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
Tangkap layar kekecohan yang berlaku antara jurugambar Utusan Malaysia, Zulfadhli Zaki (kiri) dan peguam S. Suresh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Mohd Iqbal berkata, kedua-dua pihak sudah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam dengan jurufoto berkenaan mengalami luka calar di leher dan lengan, manakala peguam tersebut luka di dahi.

“Sebarang maklumat berkaitan kes ini, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Ridzuan Ibrahim di talian 013-3050856,” katanya.

Terdahulu, menerusi video pergaduhan itu yang tular di media sosial, peguam bela terbabit, S Suresh dilihat cuba ‘merempuh’ jurugambar sambil melindungi anak guamnya, Samirah Muzaffar.

Kejadian itu berlaku ketika Samirah tiba di mahkamah untuk mendengar keputusan kes pembunuhan Ketua Pegawai Esksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan membabitkan beliau dan dua remaja sebagai tertuduh.

Bercakap kepada The Vibes, Zulfadhli berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 Shah Alam di sini terhadap Suresh sejurus kejadian.

Dia berkata, laporan itu dibuat kerana peguam bela terbabit merampas kad media yang tergantung dilehernya secara paksa.

“Saya memfailkan laporan itu kerana kad media mempunyai butiran peribadi saya dan saya takut dia akan menggunakannya untuk mengancam saya pada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, sejurus laporannya dikemukakan, dia berkata, Suresh tiba sendiri untuk membuat laporan polis, sebelum kedua-dua mereka memohon maaf antara satu sama lain.

“Kedua-dua pihak (kami) sudah meminta maaf dan kami memaafkan satu sama lain, tetapi kami akan meneruskan laporan masing-masing,” katanya sambil menambah bahawa kad medianya akan diserahkan kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes S Suresh.

Walaupun mereka berdua kesal dan menerima akibat perbuatan itu, Zulfadhli berkata kejadian terbabit tidak sepatutnya berlaku sejak awal kerana dia hanya menjalankan tugas sebagai jurugambar.

“Dia (Suresh) tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang peribadi saya secara agresif.

“Dia seorang peguam, bukan pengawal peribadi. Saya hanya cuba melakukan kerja saya,” katanya sambil menyatakan bahawa dia bertindak balas dengan memukul dahi peguam itu menggunakan kameranya untuk mempertahankan diri selepas tag medianya diragut,” katanya. – Getaran, 22 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar