web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganalisis Optimis Tajuddin Tetap Dilantik Duta Ke Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 5:20PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik optimis bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tetap dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia seperti dirancang.

Mereka berpendapat, penundaan majlis pengurniaan watikah pelantikan kepada Tajuddin seperti dilaporkan semalam, bukanlah satu isu besar dan apabila masanya tiba, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) itu akan dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Penganalisis tersebut percaya, pengurniaan watikah itu dilangsungkan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menjalani rawatan baginda.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, beliau yakin Tajuddin akan menerima watikah pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia memandangkan Jakarta dan Kuala Lumpur sudah bersetuju dengan pelantikan beliau.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

“Bagi saya, kegeringan (Seri Paduka Baginda) ini hanyalah dikatakan sebagai kekangan sementara kerana bukan hanya melibatkan Tajuddin, tetapi juga pelantikan duta-duta ke tempat lain dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi.

Media semalam melaporkan bahawa semua program Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat ditangguh ke tarikh akan diumumkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda menjalani pemeriksaan dan pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur kerana gering di kaki.

Istana tidak menyebut secara khusus program itu.

Bagaimanapun semalam, baginda dilaporkan dijadual menganugerahkan watikah pelantikan kepada bakal duta, termasuk Tajuddin.

Berbeza dengan bakal duta lain, pelantikan Tajuddin sebagai duta ke negara jiran itu, mendapat kecaman meluas ekoran kontroversi komennya berkaitan kemalangan transit aliran ringan (LRT) sebelum ini.

Dalam pada itu, ditanya berhubung pelantikan penuh kontroversi Tajuddin tersebut, Azmi berkata, hubungan Kuala Lumpur dan Jakarta adalah unik kerana ia mempunyai banyak pantang larangnya.

“Apakah Tajuddin mempunyai ciri istimewa untuk menangani isu bakal terbit, (itu) belum tahu. Hakikatnya duta ke Indonesia memerlukan kekuatan pengaruh politik yang tidak dimiliki karier diplomat. Kita tunggu dan lihat prestasi Tajuddin,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Kanan di Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia, Dr Oh Ei Sun berkata, pelantikan Tajuddin sebagai duta berkemungkinan besar tetap berlaku dan menambah, pelantikan seumpama itu bukanlah kali pertama.

Dr Oh Ei Sun
Dr Oh Ei Sun

Beliau menjelaskan, Tun Musa Hitam dilantik menjadi duta khas ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sementara Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat.

“Namun, kedua-dua mereka ini secara meluas dianggap baik serta terlebih layak untuk pekerjaan mereka dan sememangnya melakukan yang baik untuk meningkatkan hubungan Malaysia.

“Dengan Tajuddin dan masalah perhubungan awam LRTnya, diharapkan hubungan Malaysia-Indonesia masih dapat dikekalkan dengan baik di bawah pengawasan beliau,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad