web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurugambar, Peguam Kes Cradle Fund Terbabit Pergaduhan Di Mahkamah Berdamai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 5:03PM

Zulfadhli (kiri) menggunakan kameranya untuk mempertahankan diri selepas tag medianya diragut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jurugambar dan peguam yang terbabit dalam pertengkaran ketika kes keputusan pembunuhan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund di mahkamah tinggi di sini, hari ini sudah menyelesaikan konflik mereka secara peribadi.

Bercakap kepada The Vibes, jurugambar dari Utusan Malaysia itu, Zulfadhli Zaki berkata, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seksyen 9 di sini, terhadap peguam bela, S Suresh sejurus kejadian.

Beliau berkata, laporan itu dibuat kerana peguam itu merampas kad media miliknya secara paksa dari lanyard di lehernya.

“Saya memfailkan laporan itu kerana kad media mempunyai butiran peribadi saya dan saya takut dia akan menggunakannya untuk mengancam saya pada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, sejurus laporannya dikemukakan, beliau berkata, S Suresh tiba sendiri untuk membuat laporan polis, sebelum kedua-dua mereka memohon maaf antara satu sama lain.

“Kedua-dua pihak (kami) sudah meminta maaf dan kami memaafkan satu sama lain, tetapi kami akan meneruskan laporan masing-masing,” katanya sambil menambah bahawa kad medianya akan diserahkan kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes S Suresh.

Walaupun kedua-dua lelaki itu kesal dan menerima akibat perbuatan mereka, Zulfadhli berkata kejadian terbabit tidak sepatutnya berlaku sejak awal kerana dia hanya menjalankan tugas sebagai jurugambar.

“Dia (Suresh) tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang peribadi saya secara agresif.

“Dia seorang peguam, bukan pengawal peribadi. Saya hanya cuba melakukan kerja saya,” katanya sambil menyatakan bahawa dia bertindak balas dengan memukul dahi peguam itu menggunakan kameranya untuk mempertahankan diri selepas tag medianya diragut.

Dalam video pergelutan yang tular di media sosial itu, Suresh dilihat cuba ‘merempuh’ jurugambar sambil melindungi anak guamnya, Samirah Muzaffar.

Kejadian itu berlaku ketika Samirah tiba di mahkamah untuk mendengar keputusan kes pembunuhan Ketua Pegawai Esksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan membabitkan beliau dan dua remaja sebagai tertuduh.

Bagaimanapun, Samirah dan dua remaja terbabit dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Nazrin.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah yang juga balu Nazrin dan kedua-dua remaja itu. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 7

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Dikerumuni Penyokong Dinobat Foto Terbaik HKM, ‘Hadiah Untuk The Vibes’ – Sairien

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran