web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tak Terima Apa-Apa Dana Politik Peribadi - KJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 1:05PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau belum dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Namun katanya, beliau bersedia berbuat demikian dan memberi kerjasama penuh sekiranya diperlukan.

“Belum lagi. Dan perkara ini kita dipanggil mana-mana pihak untuk beri keterangan.

“Saya sedia untuk beri kerjasama sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Khairy menafikan beliau ada menerima apa-apa wang atau sumbangan dana politik secara peribadi.

“Saya tak pernah terima apa-apa wang atau sumbangan dana politik secara peribadi seperti dilaporkan dalam kes tersebut,” katanya.

Terdahulu, mantan Pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini bahawa Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan ada menerima sumbangan daripada syarikatnya, namun pemberian tersebut tidak diberikan secara terus.

Katanya, sumbangan diberikan UKSB kepada Khairy yang berjumlah antara RM50,000 dan RM200,000 itu disalurkan untuk bantuan politik, bencana serta aktiviti kemanusiaan.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata seramai 107,844 rakyat di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak kedua atau dos keempat setakat semalam.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut kira-kira 57,834 terdiri daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas (warga emas).

“Kita akan terus menggalakkan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik untuk mendapatkan dos penggalak kedua.

“Setakat ini kita tak terima laporan kesan samping serius selepas suntikan dos penggalak kedua,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik untuk mendapatkan pelalian tersebut kerana gelombang wabak COVID-19 masih tidak menentu.

“Walaupun kes COVID-19 terkawal tapi seperti mana saya pernah maklumkan berkali-kali, kes ini akan pasang surut, ada gelombang datang.

“Mungkin dua, tiga bulan lagi kita akan mengalami gelombang baharu. Sejauh dan sebesar mana gelombang itu, kita tak tahu tapi yang pasti berdasarkan epidemiologi di negara lain, gelombang jangkitan itu akan berlaku,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan