web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Kes HMFD Masih Dirawat Di ICU, Jangkitan Terus Menurun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 12:40PM

Petugas kesihatan membuat pemeriksaan pengesanan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada kanak-kanak taska dalam operasi Advokasi Pendidikan Kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Labuan di beberapa taska pada 8 Jun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) yang disahkan dijangkiti Enterovirus 71 (EV71) masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua pesakit itu mengalami komplikasi radang otak (encephalitis).

“Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga virus utama menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun ini adalah EV71, Coxsackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, kes HFMD pada Minggu Epidemiologi 24/2022 menunjukkan penurunan sebanyak 19.3 peratus, iaitu sejumlah 10,556 kes dilaporkan, berbanding minggu sebelumnya yang mencatatkan 13,077 kes.

Katanya, trend kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME 22/2022 selepas bilangannya mencapai kemuncak tertinggi pada ME 21/2022, iaitu melebihi 18,000 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, pada tahun ini sehingga 18 Jun lalu, sejumlah 106,477 kes dilaporkan dengan peningkatan sebanyak 39 kali ganda bagi tempoh sama tahun lalu (ketika pandemik COVID-19), iaitu 2,710 kes.

“Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri lain, iaitu 29,880 kes (28.1 peratus) diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 11,687 kes (11.0 peratus).

“Selain itu, Perak 10,938 kes (10.3 peratus), Johor 7,052 kes (6.6 peratus) dan Kelantan 6,532 kes (6.1 peratus),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah, iaitu sebanyak 95,175 kes (89 peratus) diikuti kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun seramai 9,183 kes (9 peratus).

Katanya, sehingga kini sebanyak 2,012 wabak dilaporkan di Malaysia dengan tiga negeri mencatatkan kejadian wabak tertinggi, iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 650 wabak (32.2 peratus), diikuti Sarawak 312 wabak (15.5 peratus) dan Selangor 252 wabak (12.5 peratus).

“Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan pra-sekolah iaitu 1,131 wabak (56 peratus) diikuti rumah persendirian 794 wabak (40 peratus) dan pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 57 wabak (3 peratus).

“Wabak didefinisikan sebagai kejadian kes HFMD dengan jumlah kes dua atau lebih dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD,” katanya.

KKM, jelasnya, akan terus menjalankan langkah pencegahan dan kawalan bagi mengekang penularan jangkitan HFMD. - Getaran, 21 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad