web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wang Sebanyak US$61 Juta, £9.46 Juta Masuk Ke Akaun Peribadi Najib - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 8:57PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sejumlah US$61 juta dan GBP9.46 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya melalui pindahan wang luar negara daripada tiga syarikat didakwa berkaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pengurus Bahagian Unit SWIFT di Ambank (M) Berhad Wedani Senen, 48, berkata kesemua transaksi melibatkan akaun bekas Perdana Menteri itu adalah di antara Mac 2013 dan Dis 2014 dengan nombor akaun 2112022009694 menggunakan kod nama AmPrivate Banking-MR dan 2112022011880 kod nama AmPrivate Banking-1MY.

Saksi pendakwaan ke-29 itu berkata terdapat pemindahan wang berjumlah US$61 juta ke akaun Najib daripada Tanore Finance Corporation.

Pada prosiding sebelum ini, Tanore dinyatakan sebagai antara entiti yang menerima wang haram daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain didakwa mempunyai kaitan dengan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Wedani juga berkata akaun Najib yang berakhir dengan nombor 880 menerima GBP750,000 daripada Blackrock Commodities (Global) Limited pada 23 Jun 2014.

“Akaun sama turut menerima wang daripada Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) melalui lima transaksi iaitu GBP5,750,000 (19 Okt 2014), GBP694,343.62 dan GBP2,216.01 (24 Nov 2014),  GBP995,000.00 (5 Dis 2014) dan GBP1.26 juta (18 Dis 2014),” katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) telah mengenal pasti Vista Equity dan Blackrock Commodities sebagai ‘shell company’ (syarikat yang hanya wujud di atas kertas) yang didakwa mempunyai kaitan dengan Tan.

Ketika disoal balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib, Wedani berkata beliau tidak membuat sebarang laporan kepada Bank Negara (BNM) mengenai transaksi melibatkan jumlah wang besar ke dalam akaun Ahli Parlimen Pekan itu.

“Unit kami tidak membuat sebarang laporan kerana terdapat bahagian lain yang menguruskan pelaporan kepada BNM.

“Saya juga tidak pasti sama ada BNM ada menimbulkan sebarang amaran dan meminta bank memberikan penjelasan mengenai kesemua transaksi melibatkan wang yang besar itu,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam