web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suspek Samun Bersenjata Mati Ditembak, Pernah Terbabit 26 Kes Jenayah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 3:32PM

Datuk Azmi Abu Kassim memberi taklimat pada sidang media di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang suspek kes samun bersenjata mati ditembak dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Salak Selatan di sini, Sabtu lalu.

Lelaki berusia 40 tahun tersebut ialah seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah rumah di Bandar Tasik Permaisuri di sini.

Kejadian pada 11 November lalu itu menyaksikan kesemua suspek melarikan wang tunai, barang kemas dan tiga jam tangan mewah, melibatkan kerugian berjumlah RM693,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, serbuan dilakukan menerusi operasi khas oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 malam.

“Semasa serbuan dijalankan, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah pihak berkuasa dan polis terpaksa bertindak balas bagi mempertahankan diri.

“Setelah keadaan reda, polis menemui suspek dalam bilik utama kediaman itu dan pasukan perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi serbuan menemui sepucuk pistol separa automatik jenis CZ 75 Compact berwarna hitam yang digunakan suspek, mengandungi enam peluru di kelopak dan bahagian silinder pistol serta sebutir bom tangan.

Bom tangan dan sepucuk pistol yang dirampas polis dalam serbuan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Bom tangan dan sepucuk pistol yang dirampas polis dalam serbuan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Semakan mendapati suspek memiliki empat rekod jenayah lampau dan tiga rekod orang dikehendaki, membabitkan ugutan jenayah, Akta Senjata Api serta dadah,” katanya.

Suspek juga jelas Azmi, pernah ditangkap atas pembabitan dalam 26 kes lain termasuk kes bunuh, samun bersenjata api, dadah dan ugutan jenayah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, polis turut menahan lapan lagi suspek termasuk seorang wanita dalam Op Tiger, susulan operasi terdahulu.

“Kesemua suspek, termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 67 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang dengan tangkapan terbaru dilakukan kira-kira jam 6 pagi tadi.

“Hasil soal siasat, polis berjaya merampas sepucuk lagi pistol jenis CZ Compact bersama dua kelopak pistol berisi 28 butir peluru di sebuah gudang di Klang Utara, Selangor,” ujarnya.

Azmi menarik perhatian, kumpulan berkenaan dipercayai mendalangi sekurang-kurangnya 15 kes samun dan tiga pembunuhan sejak 2009, selain terbabit dengan jenayah lain termasuk pengedaran dadah.

“Permohonan reman ke atas lapan suspek akan dilakukan hari ini dan setakat ini polis membuka siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan bunuh), Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad