web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumpa PM Minggu Depan, Zuraida Harap Jawatan Menteri Dikekalkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 6:30PM

Zuraida Kamaruddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI SIPUT - Menjelang pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Zuraida Kamaruddin berharap jawatan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dapat dikekalkan.

Beliau berkata ini bagi membolehkan kementerian itu menyelesaikan pelbagai perancangan yang telah diatur dan dibuat selama ini.

“Seperti sedia maklum, saya akan berjumpa Perdana Menteri pada minggu depan. Saya harap ada berita baik, (iaitu) dikekalkan kerana mudah untuk habiskan program dan perancangan yang telah diatur selain menstabilkan negara dan Kabinet,” katanya.

Zuraida berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Enhancing Empowerment of Women At the Grassroot Level’ di sini hari ini.

Pada Mei lepas, Ahli Parlimen Ampang itu mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan menyatakan kesediaan melepaskan jawatan sebagai Menteri jika diarah berbuat demikian oleh Perdana Menteri.

Pada Khamis lepas, Ismail Sabri berkata satu pertemuan dengan Zuraida akan diadakan minggu depan bagi membincangkan kedudukan bekas pemimpin Bersatu itu sebagai ahli Kabinet.

Dalam pada itu, Zuraida berkata PBM kini mengintai peluang untuk bertanding di mana-mana kerusi yang bersesuaian di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Beliau berkata langkah itu dibuat berlandaskan dimensi politik negara yang semakin terbuka tanpa didominasi oleh mana-mana parti besar.

“Kita lihat keadaan sekarang, tiada parti yang menonjol atau dominan. Sama ada parti itu baharu, lama, tua, muda, semua ada peluang. Ia bergantung kepada pendekatan masing-masing... Di Perak, kita ada sasaran yang akan diputuskan kelak,” katanya yang telah diangkat sebagai bakal Presiden PBM.

Zuraida juga berkata PBM berpeluang merebut tempat di hati pengundi kerana parti itu antaranya bersifat pelbagai bangsa, memperjuang hak wanita serta mengutamakan isu pendidikan dan ekonomi. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar