web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Hadkan Usia Kenderaan 10 tahun Perlu Dilihat Secara Menyeluruh - Wee

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 2:03PM

Sekumpulan penyelidik dari UKM sebelum ini mencadangkan agar kenderaan berusia lebih 10 tahun dilupuskan bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Cadangan bagi menangani isu kesesakan jalan raya seperti mengehadkan usia kenderaan 10 tahun, perlu dilihat secara menyeluruh memandangkan ia isu yang agak kompleks selain memerlukan pemahaman dan penelitian.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata hal ini kerana bagi melaksanakan cadangan itu, negara juga perlu mempunyai sistem jaringan pengangkutan awam yang sempurna.

Beliau berkata ketika ini negara masih dalam proses ke arah untuk menyempurnakan jaringan sistem pengangkutan awam antaranya menerusi pelbagai projek seperti Transit Aliran Massa (MRT).

“Kami terima pandangan, tetapi akhirnya kita kena buat keputusan, apa yang saya hendak maklumkan kepada semua, penyelesaian bukan satu, banyak lagi yang perlu kita lihat.

“Pertama, betul kalau hendak suruh orang jangan pakai kereta, tetapi kita mesti ada jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih sempurna, sekarang kita masih dalam proses untuk menyempurnakannya,” kata Wee selepas menyempurnakan pelepasan tren Shuttle Tebrau, di Stesen Johor Bahru Sentral, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, yang memberi cadangan agar kenderaan di Malaysia mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun dan dilupuskan, bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota.

Sementara itu, Wee berkata pendaftaran kereta di Malaysia lebih 34 juta dan hanya dua pertiga daripada kira-kira 22 juta sahaja yang masih aktif.

“Kalau kita hendak buat apa juga dasar, saya memang dalam bidang pengangkutan dan saya terima pandangan, kerana kalau setiap negara seperti Singapura, ia kecil dan kena kawal pemilikan kereta, di Malaysia tidak.

“Saya kenal pasti, antaranya ada orang hendak simpan nombor (pendaftaran) kenderaan bapa, maka dia masih guna pakai, barangkali tidak (lagi berada) di atas jalan. Bayangkan kalau kita buang sahaja nombor itu, akan bercelaru sistem kita, kerana cerapan data pendaftaran perlu dibuat lengkap dan tidak datang sebarang masalah,” katanya.

Justeru, Wee berkata penyelesaian sesuatu perkara itu perlu dilihat secara holistik dan menyeluruh. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan