web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Shuttle Tebrau Ke Woodlands Mula Operasi, Hampir 70,000 Tiket Terjual

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 12:01PM

Onn Hafiz Ghazi (dua dari kanan) mendengar taklimat daripada Wee Ka Siong pada Majlis Flag Off Perkhidmatan Shuttle Tebrau di Stesen JB Sentral hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan tren Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru (JB) Sentral ke Stesen Woodlands, Singapura mula beroperasi hari ini, setelah dua tahun dihentikan berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pembukaannya mendapat sambutan hangat berikutan hampir 70,000 tiket telah terjual untuk tempoh satu bulan.

Beliau berkata pengoperasian semula Shuttle Tebrau dilihat dapat mengurangkan kesesakan di Tambak Johor setelah laluan itu ditutup pada 24 Mac 2020 akibat pandemik.

“Untuk peringkat awal, seminggu pertama ini kami hanya menyasarkan 240 penumpang (satu perjalanan) kerana perlu menyelaraskan (beberapa perkara seperti) MySejahtera dan ciri-ciri lain yang perlu dibuat penyelarasan.

“Kami sasarkan 7,000 orang penumpang (sehari) dapat menggunakan perkhidmatan ini apabila ia telah beroperasi sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan tren Shuttle Tebrau, di Stesen JB Sentral, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin.

Sementara itu, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan dan KTMB serta semua pihak yang terlibat dalam pengoperasian semula Shuttle Tebrau.

“Melihat pengoperasian kembali tren ini merupakan satu detik sejarah setelah ia ditutup dua tahun, rakyat tertunggu-tunggu.

“Ia dapat membantu negeri untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, tiket jualan untuk satu bulan sahaja cecah 70,000 jadi (kita lihat) permintaan memang tinggi,” katanya.

Sebanyak 31 perkhidmatan tren beroperasi setiap hari membabitkan 18 perkhidmatan dari JB Sentral ke Woodlands, manakala 13 lagi perkhidmatan dari Woodlands ke JB Sentral, dengan kekerapan 30 minit pada waktu puncak.

Perkhidmatan dari Stesen JB Sentral bermula pada 5 pagi dan berakhir pada 10.45 malam, manakala Stesen Woodlands bermula 8.30 pagi dan tren terakhir pada 11.45 malam dengan tambang RM5 sehala dari JB Sentral dan SG$5 dari Woodlands. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad