Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bukan Harimau Putih Yang Dilihat Pengunjung Tetapi…

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 8:49PM

Tangkap layar dari video Tik Tok yang mendakwa seekor harimau putih muncul di Sungai Batu Licin, Sungai Choh, namun ia dinafikan PERHILITAN. - Gambar dari Tik Tok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAWANG - Dakwaan kemunculan harimau putih di Sungai Batu Licin, Sungai Choh di sini, seperti tular di media sosial sejak malam tadi adalah palsu. 

Perkara itu ditegaskan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor, Dennis Ten Choon Yung yang mengesahkan pihaknya tidak mengesan sebarang tanda kehadiran harimau putih di kawasan berkenaan. 

Beliau berkata, atas makluman diterima, PERHILITAN menjalankan siasatan di lokasi kawasan perkelahan itu kira-kira jam 3.15 petang tadi.

“Siasatan lanjut mendapati tiada kesan kehadiran harimau putih seperti didakwa sebelum ini.

“Selain itu, penduduk setempat tidak mengesahkan dakwaan kewujudan hidupan liar berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang wanita terakam kelibat seekor haiwan dipercayai harimau ketika mandi di sungai tersebut, baru-baru ini. 

Bagaimanapun, video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya memaklumkan ia hanya anjing dan bukannya harimau putih.

“Kalau diperhatikan, itu bukan harimau putih tetapi anjing sebab saiznya kecil tak serupa pun harimau,” kata Zahid Mahmood di Facebook. 

“Jangan nak suka-suka tular sahaja, itu bukannya harimau putih tetapi anjing berwarna putih. Inilah kalau semua benda nak ditularkan. Anjing pun jadi harimau,” kata Hashim Samad. 

Sementara itu, dalam perkembangan sama, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ina Yop turut senada dengan PERHILITAN dan memaklumkan penampakan haiwan didakwa harimau putih itu adalah anjing milik ayahnya. 

Menurutnya, anjing itu ditugaskan untuk menjaga kebun milik keluarga yang terletak di Sungai Choh. 

“Heboh kata ada harimau putih di Sungai Choh, Hulu Selangor. Itu anjing yang kami (keluarga) bela di kebun.

“Memang merayau di kawasan tersebut (untuk) jaga kawasan,” katanya. 

Menerusi medium sama, Ina turut menasihatkan agar orang ramai peka untuk menjaga kebersihan kawasan Sungai Choh agar ia mampu dijaga dengan sebaiknya demi generasi masa hadapan. 

“Harap yang berkunjung jaga kebersihan sungai dan jangan buang sampah merata-rata bila mandi serta berkelah di situ,” katanya. - Getaran, 18 Jun 2022.

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Seludup Diesel Di Sempadan: Malaysia Rugi RM1.2 Juta Sehari

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 14 jam yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Semasa 5 jam yang lalu

Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

oleh Diyana Nawwar