web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Stabil Keperluan Bekalan: Simpanan Stok Ayam Bulat Tiba Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 3:41PM

21 tan metrik ayam yang diimport oleh NAFAS akan tiba dalam satu kontena hari ini dan ditempatkan di bilik sejuk beku NAFAS di Sungai Bakap, Pulau Pinang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Simpanan stok pertama ayam bulat sebanyak 21 tan metrik yang diimport Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam satu kontena, tiba hari ini.

Jurucakap Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memaklumkan, pengimportan ayam itu adalah daripada pengeluar yang mendapat pengesahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Menurutnya, simpanan stok bekalan ayam seterusnya akan dibawa masuk ke Malaysia pada Isnin ini, membabitkan tiga kontena yang bakal ditempatkan di bilik sejuk beku NAFAS di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

“Pihak kami melalui NAFAS dan Gabungan Pertubuhan Peladang Negeri diberi peranan utama untuk melaksanakan program stok penimbal ayam, bagi menstabilkan keperluan bekalan ayam negara,” katanya.

Jelasnya, program tersebut dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan gabungan berkenaan, terutama dalam penggunaan kemudahan bilik sejuk.

“Pengedaran ayam dijalankan melalui jaringan rangkaian Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan FAMA, manakala LPP berperanan memantau pelaksanaan penjadualan pengimportan oleh NAFAS.

“Tiga PPN, iaitu PPN Selangor, Johor dan Perak dikenal pasti bagi membantu NAFAS menjayakan program tersebut dengan beberapa PPN lain, turut sama dilibatkan mengikut keperluan semasa,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, NAFAS memaklumkan pihaknya komited untuk terbabit dalam rantaian industri ternakan ayam selaras saranan kerajaan yang mahu kerjasama awam dan swasta diperkukuh, demi meningkatkan hasil pertanian, khususnya berkaitan ternakan ayam.

Pertubuhan berkenaan turut menyatakan kesediaan membantu kerajaan merealisasikan usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import jagung bijian yang menjadi antara bahan mentah utama dalam penghasilan makanan ternakan, sekali gus memastikan harga ayam dipasaran kekal relatif serta stabil. – Getaran, 18 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek